Friday 28 December 2012

Handfeed Vs "Handpick"

Ini bukanlah sambungan bagi Panduan Menjinakkan Budgie iaitu Fasa 2..ini adalah perbezaan antara membeli Budgie yang dihandfeed atau yg d"handpick" iaitu main tunjuk2 tu..hehe

Membeli Budgie untuk dijinakkan ini pun kena ambil kira beberapa faktor..jangan main sedap saja..sebab nanti bila Budgie anda tidak jinak..semua pun disalahkan..kalau salahkan diri sendiri tidak apa juga..kalau salahkan orang lain contohnya breeder / petshop plak macam mana..kan tak baik tu..

Apa petua cara nak bagi jinak bagi kedua jenis ini?..teruskan membaca..

Handfeed
Untungya Budgie handfeed ni adalah lebih mudah untuk dijinakkan..bukannya mesti jadi jinak..tapi mudah..sebab Budgie ini sudah biasa dengan kehadiran anda dan tangan anda..so fasa "pengenalan" dengan tangan tu hasilnya adalah lebih baik dan cepat..
Ruginya handfeed ni pulak adalah..ceng ceng ceng hehe kalau beli yg handfeed..semestinya kena beli masa umur 2-4 minggu..so masa ini agak sukar untuk menentukan corak dan warna yg sebenar..dan juga jantina..tapi masih boleh ditilik2..cumanya kalau yg masih bulu kapas tu..mmg susah la..kecuali beli dengan breeder dan siap mendapat "nasihat" daripada breeder..di sini lah kelebihannya beli Budgie dengan breeder..harga pun murah..siap dapat konsultasi percuma lagi..kan best tu..caya la breeder..go go breeder..petshop jangan marah ya..gurau2 sj..

Eii malunya kena ambil gambar..tutup mata la..(suara kecil Budgie berkata-kata hehe)

Handpick
Untungya handpick ni ikut suka pembeli la mo pilih warna..biru ka hijau ka kelabu ka putih ka kuning ka..corak pulak boleh pilih clearwing ka opaline ka spangle ka 1 warna ka banyak warna ka..jantina yang sebaiknya untuk dijinakkan adalah jantan..sebab jantan lebih "dengar" cakap dan boleh diajar bercakap..ni la antara tujuan mo kasi jinak..tuk ajar bercakap..so mana berkenan di mata tu terpulang dengan individu..so tunjuk2 saja la hehe kan syiok tu..
Ruginya handpick ni adalah pembeli perlu berkerja keras "sikit" dalam proses menjinakkan Budgie anda..sebab Budgie ni tidak kenal tangan..so semestinya takut dengan tangan anda..kalau takut saja tidak apa..kalau siap gigit la kan ka naya tu..ni perkara biasa tau main gigit2 ni kalau Budgie yg main tunjuk2 ni..tapi jangan risau..ada caranya..

Kalau macam ni yang sudah pandai ikut arahan "step up" mesti bestkan..yeahhhhhhhh...

Handfeed Vs Handpick
Handfeed ni lebih mudah dijinakkan dengan mengunakan kaedah sesi latihan..Panduan Menjinakkan Budgie ni la kaedahnya..tapi terdapat beberapa fasa dan kena lepas 1 per 1..tidak boleh skip..
Handpick ni lain sikit tuk "jinak" pertama kali..lepas beli tu..tangkap dan genggang di tangan anda..jangan picit tau..sampailah di rumah..ingat kalau memandu tu tidak payah la genggang..nanti sampai rumah la..pegang dan jangan lepaskan tuk kira2 setengah jam..5 kali sehari..hehe kalau mengigit..pegang paruhnya..buat lah sampai Budgie anda "menerima" kehadiran anda dan tangan anda di dalam sangkarnya..


Kunci kejayaan dalam menjinakkan Budgie ini adalah sabar..sabar..sabar..nantikan Fasa 2 dalam Panduan Menjinakkan Budgie anda..moga pelayar / pembaca / peminat dapat input yang berguna dan menjadikan blogspot ini sebagai rujukan dalam "dunia" perburungan hehe anda..bukannya mengajar tapi kita berkongsi pengalaman dan ilmu untuk semua peminat burung..

P/S : Kalau ada lebih dari 1 ekor untuk dijinakkan..sebaiknya buat 1 per 1 Budgie..jangan campur..dan lebih baik kalau berlainan sangkar..senang sikit kerja..

Sunday 16 December 2012

Panduan Menjinakkan Budgie (Fasa 1)

Sabah KK Budgie kali ini akan berkongsi mengenai Panduan Menjinakkan Budgie..ya sedia maklum..ramai yg meminati burung yg jinak..boleh dibawa bermain..apa lagi bila burung kecil macam Budgie..comel sj tengok..

Terdapat banyak cara untuk menjinakkan Budgie ni..tapi secara umumnya..semua lebih kurang juga la..yg beza pun sikit2 sj..ini hanyalah perkongsian..bukan la pulak Sabah KK Budgie ni mo mengajar..yg mana betul..boleh diikut..yg salah..bgtau la..jadi dapat kita perbetulkan..so selamat mencuba..

Panduan Menjinakkan Budgie ni bolehlah dibahagikan kepada beberapa fasa..jadi kita akan ikut dari satu langkah ke langkah seterusnya..one by one..

Fasa 1 : Membina Kepercayaan
Matlamatnya adalah untuk membina kepercayaan di antara Budgie dan anda..sebaiknya berlangsung selama 10 - 15 minit..dan sebanyak 2 - 3 sesi sehari..

Langkah 1
Dekatkan tangan anda ke sangkar..ya sememangnya Budgie akan takut..bercakap la dengan Budgie anda dengan nada yg rendah..agar tidak menakutkan Budgie..cakap yg ada berniat baik dan tidak ingin mencederakannya..lama kelamaan..Budgie akan mula tenang dan tidak takut lagi dengan kehadiran tangan anda..biasanya masa diambil adalah antara 4 - 7 hari..

Masih takut dengan kehadiran tangan..sabar..sabar..sabar...

Langkah 2
Masukkan tangan anda ke dalam sangkar..letak tangan dalam keadaan yg tidak mengancam Budgie..mula2 memang risau..tetapi selepas seketika Budgie anda akan mula tenang..dicadangkan mengambil masa 4 - 7 hari untuk langkah ini..sehingga Budgie berasa tenang dengan kehadiran tangan anda di dalam sangkar..



Yang ini suda selesa dengan tangan..senangnya dlm hati..

Langkah 3
Nah inilah masanya Spray Millet digunakan..ini kesukaan Budgie sebagai habuannya..pegang habuan berhampiran tangan anda..tujuannya adalah Budgie perlu ke tangan anda untuk mengambil Spray Millet tu..ini memang mengambil masa sehingga Budgie "datang" untuk memakan habuannya..mula2 jarakkan habuan dari tangan anda..perlahan-lahan dalam setiap sesi..dekatkan habuan ke tangan anda..makin lama makin dekat..sesi yang diperlukan adalah 3 -5 sesi sehingga Budgie ingin makan habuan di tangan anda..jangan teruskan sehingga Budgie dapat menguasai langkah ini..ingat..

Sampai di sini sahaja untuk post kali ni..nantikan post seterusnya dengan Fasa 2 pulak dalam Panduan Menjinakkan Budgie anda..

P/S : Gambar dan video akan disertakan..mengikut kesempatan hehe


Friday 14 December 2012

Jadual Handfeeding Budgie

Berikut adalah panduan jadual handfeeding Budgie anda..



Boleh ubah mengikut kesesuaian masing-masing..

Setelah Budgie anda sudah boleh makan sendiri..baharulah boleh mula untuk menjinakkan..nantikan kemunculan post Sabah KK Budgie yang seterusnya mengenai Panduan Menjinakkan Budgie anda..

Wednesday 12 December 2012

Untuk Dijual - 12.12.2012

Jualan istimewa sempena 12.12.12 kepada yang ingin menjinakkan Budgie..di sini ada anak Budgie untuk handfeed..anak Budgie paling sesuai mula dihandfeed pada umur 3 minggu..

Anak Budgie umur 2-3 minggu...
Semua anak Budgie adalah daripada induk blue base..Budgie yang jinak lebih mudah untuk diajar trick..paling simple boleh ajar naik-turun jari..sesuai untuk yang mau main2 dengan parrot kecik sebelum upgrade ke parrot yg lebih besar..

Anak Budgie umur 3-4 minggu..
Kepada yang mahu Budgie bukan anak lagi pun ada..boleh diatur..weaned (suda boleh makan sendiri)..matang..proven (sudah pernah bertelur dan dapat anak)..


Ini la formula untuk handfeed parrot..


Jangan risau..formula untuk handfeeding jenama kaytee exact juga ada..hehe harga lain ya..bukan free..sorry..semua stok repack (packing sendiri di rumah) khas kepada yg mau cuba sikit2 dulu..







Spray millet sebagai treat (habuan) parrot..

 Spray millet juga ada..ia biasanya digunakan semasa proses mengajar trick..diberikan kepada parrot sebagai ganjaran / dorongan agar memudahkan parrot mengikut arahan semasa sesi mengajar..sangat sesuai untuk Budgie..dan Budgie suka makan spray millet ni..kegemaran ramai hehe..





White millet (sekoi)
White millet aka sekoi adalah makanan kesukaan Budgie..jangan tertipu dengan hampasnya..sekali imbas dalam bekas masih banyak lagi makanan..tapi cuba tiup..silap2 licin kena sapu sudah..jangan sampai ada yang jadi "jinak" sebab berpuasa sepanjang hari..so kena peka dengan keadaan Budgie anda..biasanya "jinak" itu tandanya kelaparan..




Di bawah senarai harga untuk santapan mata anda..
1) Budgie 2-3 minggu = RM50 seekor
2) Budgie 3-4 minggu = RM60 seekor
3) Budgie weaned / matang = RM70 seekor
4) Budgie proven = RM200 sepasang
5) Kaytee 200g = RM35, 350g = RM55, 500g = RM80
6) Spray millet 1 bungkus ada 5 tangkai = RM8
7) White millet (sekoi) 500g = RM5, 1kg = RM8

Kepada yang berminat..sila hubungi talian di bawah..
Hubungi : 013 883 8682 / 010 931 2038 (Area Sepangar, Kota Kinabalu)

Saturday 8 December 2012

Budgie Breeding (Kenapa Budgie tidak membiak)

Topik ini rasanya cukup menarik untuk kita sama2 berkongsi..kenapa 2 ekor budgie yang diletakkan bersama setelah sekian lama tapi masih lagi tidak mahu membiak?..padahal setahu kita Budgie ni antara burung keluarga kakak tua yg paling senang dibiakkan..so apa sebabnya..di mana silapnya..macam mana selesaikannya..

Di bawah adalah antara penyelesaian terhadap persoalan di atas..pandai2 la tapis dan ikut dengan kesesuaian situasi masing2..moga post ini dapat mambantu "pelayar" untuk membiakkan Budgie anda..jom sama2 kita teliti..mana yang kena..

Mula perlulah pastikan bahawa Budgie itu adalah sepasang..

1) Walau pun 2 ekor..tapi mungkin Budgie tu adalah sejenis..so sampai bila pun tak jadi membiak..
2) Jantan dengan jantan..tiada telur..tapi betina dengan betina..boleh ada telur yang dihasilkan..jadi jangan tertipu hehe
3) Nampak banyak kali yang 2 ekor Budgie tu sudah main "panjat2"..aktiviti panjat memanjat ini bukannya sebagai kepastian yang Budgie tu sepasang..sama jantina pun boleh main "panjat2"..

Sekarang sudah kompom sepasang..kenapa tidak mahu bertelur lagi..

4) Budgie anda adalah masih muda lagi..tidak matang..sebab tu tidak bertelur..
5) Tiada nestbox tempat bertelur..so Budgie pun "merajuk"..
6) Nestbox sudah siap digantung..tapi makanan pulak tidak cukup..so Budgie pun tidak mahu membiak..nanti bila ada anak..susah pulak mahu kasi makan sebab makanan kurang disediakan..
7) Kurangnya cahaya matahari..Budgie boleh dirangsang untuk membiak dengan "banyak"nya matahari..yang penting ada suasana cerah sekitar 12 jam..so di Malaysia ni kira ok la..paling2 boleh di"up"kan lagi dengan lampu..
8) Terdapat gangguan daripada keadaan luar..kucing ka..anjing ka..tikus ka..orang ka..monyet ka..burung ka..ayam ka..angsa ka..dll..
9) Perch adalah tidak stabil..Budgie perlukan "gelanggang" yang kukuh untuk main "panjat2"..kalau asyik bergoyang tempat bertenggek..macam mana Budgie mahu "goyang"..

Semua sudah lengkap..tapi masih jugak tidak membiak..

10) Pasangan itu tiada pengalaman lagi..so bolehlah pasangkan dengan yang sudah berpengalaman..ataupun jirankan dengan yang sudah pernah bertelur..
11) Pasangan yang dipilih tidak serasi..kadang2 1 hari kenal sudah ok..ada perlu 1 minggu..ada perlu 1 bulan..ikut suka tu burung la hehe so kita bolehlah tukar2kan pasangannya..manatau ada yang melekat..kaedah cuba jaya..
12) Telur tidak mahu keluar..last2 mati..ni disebabkan kurangnya kalsium..penyelesaian..bagi tulang sotong..boleh cari di kedai burung atau pun keai ubat cina..
13) Ada telur..mengeram..tapi tiada benih..ni mungkin disebabkan "mainan"nya tidak power hehe tidak "touching" sekadar main gesel2 saja..mungkin Budgie tu boleh ditangkap dan "trim" bulu di kawasan sewaktu dengannya..bukan untuk sexy..tapi untuk "touching"..faham2 la kan..
14) Bertelur..mengeram..tapi tiada benih..ni mungkin sebab Budgie muda..so memang la..mungkin jantan tu "tembak kosong"..sampai sudah memang tidak jadi..
15) Kali ni ada benih..tapi mati dalam telur..ni sebab proses mengeram itu ada gangguan..tidak teratur dan bersambung..betina biasanya mengeram..ada masanya keluar nestbox untuk makan..berak..berehat..dsbnya..kalau masa "check-out" terlalu lama..telur akan jadi sejuk..ini menyebabkan anak mati dalam telur..masa maksimum telur dibiarkan sendiri adalah sekitar 20 minit sahaja..

Telur menetas..tapi ada yang mati..

16) Pasangan itu baru pertama kali "membiak"..so pengalaman kurang..anak dibiarkan..so kita bolehlah "anak angkat"kan anak itu..kasi tumpang dengan pasangan lain ka..kasi hanfeed ka..
17) Anak mati..situasi ini disebabkan tiada makanan yang sesuai..so kita perlulah "alert" dengan burung..kalau sudah menetas..bagi la "soft food"..cthnya telur rebus..roti..jagung..kacang hijau direndam semalaman..dll..ini untuk makanan anak yang baru menetas..
18) Jangan bagi kangkung dan juga sayuran kalau ada anak kecik..ini boleh menyebabkan tercekik anak tu..kan panjang tu..kadang2 tersangkut..tertutup di muka la..dll..
19) Bilangan anak yang banyak..lima dan ke atas..so mesti ada yang besar..ada yang kecik..sebab masa menetaskan tidak sama..ada cara untuk mengelakkan "abang/kakak" pijak "adik"..kasi handfeed..atau pun tumpangkan anak dengan pasangan yang lain yang ada anak saiz lebih kurang..tapi jangan sampai banyak pulak..sebaiknya maksimum lima ekor sahaja anak yang sama saiz..kalau boleh kurang lagi bagus..lagi tinggi kebarangkalian untuk hidup..
20) Belum sampai seru lagi..kita hanya berusaha..tapi Allah / Tuhan yang menentukan..

Moga post ini sikit sebanyak dapat membantu dalam perkongsian ilmu..kalau ada yang perlu ditambah atau pun ada cadangan..jangan malu jangan segan..tinggalkan komen anda..

Gembiranya bila sudah dapat anak..

Thursday 6 December 2012

Kucing Gangster Mengganas

Hari ini seperti biasa..rutin harian meng"top-up" bekas mkn minum burung..satu sangkar yang diletakkan di para-para telah "diusik"..kesan makanan bertaburan dan air yang tumpah membuatkan dunia berhenti seketika..apa yang telah terjadi..jeng jeng jeng..

Setelah disiasat dan diteliti segala petunjuk yang ada..dengan mengikut lagak seperti dalam cerita CSI (Crime Scene Inverstigation)..jejak kucing telah dapat "dikompomkan"..rupanya kucing ntah sapa yang punya itu telah "merogol" sangkar pasangan Budgie pengantin baru..

Dirobek sangkar itu dan terkangkang la seluaskan untuk kucing durjana itu mengerjakannya..tidak dapat dipastikan apakah nasib resessive pied jantan dan juga pasangannya lutino betina..harap dapatlah menyelamatkan diri..serangan adalah waktu malam..

Terpaksalah langkah keselamatan dipertingkat lagi agar kucing tidak dapat bermaharajalela sesuka hatinya..moga inilah serangan terakhir yang menambah rempah ratus dalam memelihara burung ini..

Pengajaran : Sentiasa la memikirkan sebarang kemungkinan untuk mengelakkan serangan terhadap binatang peliharaan..tingkatkan langkah pencegahan..perketatkan kawalan..hehe

Thursday 29 November 2012

Untuk Dijual - 30.11.2012

Jualan penghabisan stok hujung tahun..30.11.2012..


Budgie pelbagai warna dan corak..pukul rata RM70 seekor..
  
Ada spangle, clearwing, opaline, recessive pied, dominant pied, clearfeather..

Kepada yang berminat dengan serama juga ada..anak, remaja, muda, A, B..


Hubungi : 013 883 8682 / 010 931 2038 (Area Sepangar, Kota Kinabalu)









Monday 26 November 2012

Pengalaman berharga untuk semua..

Sepanjang penglibatan dalam dunia perburungan ni..banyak maklumat yang diperolehi samada melalui pembacaan atau pun pengalaman sendiri..

Pengalaman paling berharga adalah "konflik kepentingan" antara colony vs cage..

Benarlah kata orang..tak kenal maka tak cinta..tak cuba mana nak tahu..sudah kena baharu padan muka hehe

Kadar kematian colony adalah TINGGI..melibatkan induk dan anak..sebabnya adalah seperti dalam post sebelum ini..rajin2 la belek2 ya..

Kadar kematian cage adalah RENDAH..mati pun anak sebab perbezaan saiz yang jelas antara anak yang sulung dan anak yang bongsu..dah nama pun bongsu..so kompom la kecik saja..dijadikan cerita "abang/kakak" ni terpijak la adiknya..

Morale of the story = elakkan menggunakan kaedah colony breeding..mula2 memang syok tengok kemenjadian yang tinggi..lepas tu baharu tahu..terlajak perahu boleh diundur..tapi bila burung sudah mati..sedih pun tidak berguna..

Saturday 17 November 2012

Budgie Sexing (Jantina Budgie)

Pada post kali ini..apa kata kita sama2 buat ulangkaji..bagaimana cara mengenal jantina Budgie anda..saya tahu..bukannya pembaca tidak tahu..cuma kadang2 tu pandai terlupa..biasalah sibuk mengira berapa telur Budgie yang dihasilkan hehe


Ni la jantan muda..

Lihat dekat isi atas paruh dekat hidung tu..atau pun cakap Londonnya cere..di sinilah tempat untuk menentukan jantina Budgie anda samada jantan ka betina ka..

Jika jantan akan memiliki warna biru untuk yang matang..kalau muda lagi biasanya berwarna merah jambu..lebih kurang la..
 




Ni jantan matang tidur..

Manakala betina pula cerenya berwarna putih-ungu (untuk yang muda), coklat (untuk Budgie dewasa) dan manakala cere yang merekah adalah dalam mood breeding..

Info ini sesuai untuk semua mutasi kecuali Lutino, Albino, Fallow, Dark-Eyed Clear, Lacewing, Recessive Pied..


 
Jadi..bagaimana caranya untuk menentukan jantina mutasi yang di atas?..soalan yang baik..


Betina dara lagi..

Untuk mutasi ini..jantan memiliki cere yang berwarna ungu..cuba perhatikan..mesti perasan punya la yang cere tu lain warnanya..bukannya biru macam yang lain-lain tu..

Manakala untuk betina..adalah lebih kurang sama dengan mutasi yang lain-lain..jantan saja yang ada beza..tapi kalau sudah biasa..tengok sekali saja sudah tau jantan betina..



 
Betina matang..
Selain itu..daripada perlakuan juga dapat menentukan jantina Budgie..biasanya yang suka buat bunyi bising tu betina la..teriak tidak tentu pasal..

Jantan ni biasanya cool  saja..kalau nampak ada yang buat bobbing head aka tengah layan lagu hehe kepala dinaik-turun..tu la yang jantan..ni tarian memikat untuk Budgie..


 
Gambar adalah sumber daripada internet..untuk info lanjut silalah layari laman di bawah..
http://adorablebudgies.co.uk/Budgerigar-Articles.php
http://www.budgieplace.com/mf.html

Sunday 21 October 2012

Murai Batu : Info Asas

Murai Batu adalah spesis burung kicau yang menjadi kegilaan ramai..ini disebabkan MB memiliki suara yang merdu, bermelodi dan pelbagai..selain itu gaya tarungnya yg menarik perhatian juga antara penyebab banyak MB kini dipelihara sebagai habuan halwa telinga pemiliknya..

Secara umumnya..MB yg biasa didapati di Malaysia dan negara jiran adalah White-Rumped Shama (Copsychus malabaricus)..tetapi MB yang terdapat di Sabah adalah yg memiliki kepala berwarna putih..umpama mahkota..sebab itu di Indonesia MB ini dikenali dengan nama MB Mahkota..uniknya di Sabah, MB ini mendapat jolokan nama Burung Haji..kan macam pakai kopiah tu..MB ini dikenali dengan nama White-Crowned Shama (Copsychus stricklandi)..

Terdapat berjenis MB yang dikenali mengikut tempat asalnya..ada yg bersaiz sedang..ada yg besar..ada yang memiliki ekor yang panjang..ada yang ekor pendek..dan bermacam lagi..gaya tarung pun adalah berbeza mengikut asal MB itu..ini mengikut taste peminat masing-masing la..tapi kalau dah nama MB tu mestu best punya la..belum kenal..maka tak cinta..sekali tengok MB tengah bertarung..sure jatuh cintan punya la..

Burung Haji AKA Murai Batu Mahkota (WCS)



Friday 5 October 2012

Berapa umur Budgie anda?

Ya..post kali ini kita akan berkongsi mengenai bagaimana cara untuk mengetahui berapakah umur Budgie anda..ini penting sekiranya ada berkira-kira hendak membiakkan Budgie ada..

Seeloknya Budgie anda hanya mula dibiakkan pada umur 18 bulan ke atas..ini untuk menjaga kesihatan dan keselamatan Budgie anda..

Terus ke topik utama kita..terdapat 2 cara untuk kita menganggarkan umur Budgie..


Pertama..cap feathers..iaitu marking di atas kepala burung Budgie anda..

Dijangka 4 bulan ke bawah..



Perhatikan bar head di atas kepala itu..jika marking atau pun bar head itu penuh hingga ke depan dekat mata dan cere..itu menunjukkan bahawa Budgie anda berumur di bawah 4 bulan..





4 bulan dan ke atas..






Manakala gambar di ini pula menunjukkan kepala Budgie tu sudah tiada lagi bar head itu..maknanya umurnya adalah 4 bulan dan ke atas..







Kedua..cara ini pulak memerlukan kita meneliti mata Budgie..

Kan gelap ni matanya..0-4 bulan..



Jika biji matanya gelap habis..ertinya Budgie ini berumur antara 0-4 bulan..kan nampak hitam..ni ertinya Budgie muda la ni..baru anak..








Biji matanya ada iris gelap..4-6 bulan..


Jika matanya ada iris (cincin) yang gelap..umur antara 4-6 bulan..jika diperhatikan betul2..biji matanya sudah tidak terlalu gelap..iris pun sudah mula kelihatan berwarna gelap..








Perhatikan iris berwarna coklat..6-8 bulan..


Jika irisnya berwarna coklat..ertinya 6-8 bulan..kelihatan dengan jelas iris yang berwarna coklat itu..ini menunjukkan umur sudah masuk matang..tapi masih tidak digalakkan untuk dibiakkan..kesian masih remaja lagi ni..hehe







Jelas..8 bulan dan ke atas..



Akhir sekali jika iris matanya berwarna putih..nampak jauh perbezaan antara gambar umur 6-8 bulan dan 8 bulan ke atas..jelas putihnya..menandakan umur 8 bulan dan ke atas..







 
 
Semua info ini adalah sesuai untuk semua mutasi / corak KECUALI Budgie jenis Lutino/Albino, Fallow, Lacewing, Recessive Pied dan Dark Eyed Clear..mutasi ini berbeza..

Diharapkan info ini dapat membantu kepada semua peminat Budgie untuk bagaimana caranya bagi anda menentukan umur Budgie anda..berjumpa lagi di lain ruangan..

Gambar di atas adalah ihsan daripada http://www.budgieplace.com/age.html ..



Thursday 20 September 2012

Serindit : Info Asas

Burung Serindit juga dikenali dengan nama Malay Hanging-Parrot adalah spesis kakak tua bersaiz kecil yang hidup di kawasan tropika Asia Selatan..Di Sabah burung ini dikenali dengan nama Teripus untuk Sabah Barat..manakal Sabah Timur masih tetap menggunakan Serindit..

Serindit ini boleh didapati di banyak tempat berlainan negara..setiap jenis itu memiliki ciri-ciri unik tersendiri terutama pada warna dan saiznya..Serindit Biasa (Loriculus galgulus) adalah yang biasa terdapat di Malaysia..

Secara umumnya burung ini berwarna hijau..tetapi untuk mengenali jantina Serindit aka Teripus ini agak mudah..pada jantan terdapat warna biru pada dahi, merah pada leher dan kuning pada punggung..ini untuk memikat betina..manakala betina warnanya tidak terang dan kebiasaannya hanya hijau..

Serindit menjadi kegilaan peminat burung adalah kerana kicaunya yang mercu menusuk kalbu..biasanya digunakan untuk menjadi "master" kepada Murai Batu dan juga burung kicau yang lain..mula2 dengar memang berdesing telinga tapi kalau dan biasa sedap pulak jadinya..uniknya burung ini adalah apabila tidur atau berehat akan terbalik macam kelawar..kaki di atas..tu la tabiatnya..

Jantan pada usia muda hanya berwarna hijau..tetapi semakin matang maka mulalah munculnya warna biru dan merah..semakin dewasa warna ini akan lebih terang..silau tu kalau tengok lama2 hehe dan warna itu akan semakin terang dan besar selari dengan umurnya..yang menjadi perhatian adalah bila warna merah itu telah melilit di leher..bergabung dengan warna biru di dahi..macam berantai tu..ganas gila..tapi kalau dapat yang paling otai lagi best..kalau dah tua burung ini akan bertukar warna kepada warna kuning seluruh badan..ni la yang menjadi kegilaan..dapat seekor mesti best..tapi susah nak dapat..bila sekali bunyi semua Serindit lebih muda jadi senyap..diam tidak berbunyi lagi..

Makanan Serindit ini mudah saja..bagi sahaja sayuran hijau dan buah-buahan..tapi kalau dah sempit akan kopak sangat tu nasi putih pun jadi la..hehe tapi jangan la amalkan..burung pun macam manusia..mahu makan yang sedap2..menjadi pilihan adalah tebu..jagung, betik dan pisang pun bole la..minum hanya air putih hehe tapi kalau mahu letak gula atau madu pun boleh juga..burung ni suka manis..

Gambar akan diupdate nanti kalau ada yang best dan terbaru..tapi untuk tidak mengecewakan gambar sumber daripada internet pun boleh la ya..sekadar renungan dan perkongsian semua..

Serindit aka Teripus

Monday 17 September 2012

Cockatiel : Info Asas

Cockatiels (Nymphicus hollandicus) adalah spesis burung ke-2 terbanyak dan popular dipelihara dalam kurungan di seluruh dunia..apa yang menyebabkan Tiels ini berada di belakang Budgie..mari sama-sama kita lihat info asas ini..

Pertama dan yang paling jelas sebab Tiels ini disukai ramai adalah kerana kebolehannya menegakkan bulu di atas kepalanya..macam Cookatoos tu..senang cerita macam rambut Punk tu..ciri ini menjadi penyebab Tiels ini mampu menarik peminat burung untuk membelanya..

Seperti Budgie juga..Tiels ini mudah dibiakkan dan memang sesuai untuk peminat burung yang baru hendak berjinak-jinak dalam dunia perburungan ni (hehe ngam ka perkataan perburungan tu)..saiz yang sesedap rasa ini menjadi pilihan..tidak kecil macam Budgie tapi tidak juga besar macam Macaw..just nice orang cakap..

Kebolehan bercakap..boleh dilatih trick..tidak bising..mudah dijaga..perwatakan yang manja..adalah antara sedikit alasan mengapa Tiels ini  menjadi pujaan hati..

Mutasi juga adalah yang terbanyak selepas Budgie..terdapat bermacam mutasi antaranya lutino, whiteface, pearl, pied, cinnamon..semuanya menarik mengikut kesukaan masing-masing..tapi kalau dapat mutasi yang best mesti puas..whiteface-lutino, platinum, fallow..

Cockatiels Normal Grey - Gambar sumber intenet

Saturday 8 September 2012

Budgie anda ingin berehat sebentar?

Budgie pun perlu rehat?..ya betul..rehat daripada apa?..bila?..mcm mana?

Hai..bertemu kita lagi untuk topik yg cukup penting untuk dibincangkan tetapi kurang disedari oleh kita..topik ini sesuai untuk Budgie dan juga pembiaknya..

Rehat yg dimaksudkan ialah Budgie direhatkan atau berhenti daripada terus bertelur dan mengeram..kenapa?..proses bertelur, mengeram dan seterusnya membesarkan anak adalah satu proses yg memenatkan bagi Budgie anda..untuk itu rehat perlu diberi agar Budgie kekal sihat..

Bila masa untuk berehat?..sebaiknya 3 bulan minimum rehat diberikan bagi selesai setiap 1 pusingan proses bertelur, mengeram dan membesarkan anak..dalam 1 tahun hanya 2 kali pusingan sahaja..

Kenapa perlu berehat?..setiap pusingan adalah 1 proses yg amat memerlukan kekuatan fizikal dan ketahanan mental bagi kedua jantan dan betina..haha mcm mahu bersukan plak..pasangan Budgie akan berhempas pulas sepanjang proses ini..

Cara untuk merehatkan adalah dengan menghadkan bilangan pusingan dlm 1 tahun..kaedah yg sesuai adalah dengan menarik keluar nestbox..ini secara outomatik akan membuat Budgie tidak lagi bertelur..so berehatlah pasangan bahagia itu hehe ini sah dan sesuai jika anda menggunakan teknik cage breeding..jika colony breeding bolehlah menangkap pasangan yg mahu direhatkan..terutamanya betina..jantan banyak dlm colony tidak apa..jgn betina yg banyak..bahaya..jgn mengurangkan bilangan nestbox dlm colony breeding dengan mendadak..pastikan ada lebih nestbox..

Ini sahaja perkongsian ringkas topik ini..jika ada info tambahan bolehlah dikongsi bersama..


Saturday 14 July 2012

Budgie Breeding (DIY Nestbox Plywood)


Kali ini Sabah KK Budgie berkongsi panduan mengenai cara membuat nesbox untuk membiak Budgie..ukuran yang sesuai adalah bentuk kiub minimum 6' x 6' x 6' sudah memadai..tapi kalau mahu buat yang lebih besar lagi bagus..Budgie lebih mementingkan keluasan..bukannya ketinggian.

Ada juga yang  menggunapakai ukuran 8' x 6' x 6'..kalau mahu up lagi pun boleh..10' x 8' x 8' ini adalah saiz yang luas..psikologinya apabila luas makanya telur pun makin banyak..tapi tidak semestinya..ada faktor lain yang menjadi penentu bilangan telur yang dihasilkan..bukannya saiz nestbox itu semata-mata..

Kedudukan pintu untuk memeriksa juga bergantung kepada di mana tempat nestbox itu mahu digantung..sebaiknya gunakan pintu di bahagian belakang atau tepi..

Inilah 6 bahagian utama nestbox 10' x 8' x 8' jenis pintu belakang..

Potong plywood 9mm mengikut ukuran yang dikehendaki..pastikan ada 6 bahagian utama..iaitu :

Perch di bawah lubang adalah optional..ada pro dan con tersendiri..
1) 1 bahagian hadapan yang berlubang dengan diameter sekitar 2' hingga 2.5'.

Bilangan lubang di bahagian tepi nestbox adalah mengikut kesesuaian..
2) 2 bahagian tepi yang telah ditebuk sebagai lubang pengudaraan.

Kedudukan cangkuk berbeza mengikut tempat menggantung..
3) 1 bahagian atas yang dipasang dengan cangkuk samada di depan atau belakang.

Pintu untuk memudahkan memeriksa keadaan di dalam nesbox..terbaik di belakang..
 4) 1 bahagian belakang sebagai pintu untuk memeriksa Budgie.

Wood shaving boleh digunakan sebagai alas lantai yang tidak berlekuk..
5) 1 bahagian lantai..sebaiknya ada lekuk sebagai tempat telur berkumpul.

Setiap bahagian tadi hendaklah dipaku dengan menggunakan saiz paku yang sesuai kebesarannya..jadi inilah rupa nestbox untuk Budgie..saya percaya ramai di luar sana yang lebih hebat dan mahir dalam membuat nestbox ini..siap dengan pelbagai rekabentuk dan saiz yang berbeza lagi..apa-apa pun ini hanyalah perkongsian untuk kita bertukar maklumat..diharapkan dapat memberi input berguna untuk semua..

Thursday 5 July 2012

Breeding Cage 1

Projek Sabah KK Budgie yang seterusnya adalah bagi kawin paksa Lutino Hen dengan pasangannya Cinnamon Skyblue Cock..moga akan menghasilkan generasi yang banyak dan sihat belaka..

So far so good..semakin rapat apabila diletakkan dalam kurungan secara berpasangan..harap dalam 1-2 minggu ni adalah perkembangan yang baik..

Malu untuk diambil gambar..cepat2 mencari tempat berlindung hehe...

Yeah nampaknya pasangan ini telah mula menghasilkan telur..untuk yang terkini terdapat 3 biji telur..tetapi Lutino Hen ini masih lagi belum mula mengeram..mungkin sehingga habis bertelur baharu memulakan aktiviti pengeraman..moga semuanya berjalan lancar..gambar akan diupdate nanti..sibuk sikit dalam 1-2 minggu ni..biasalah sudah mula puasa..


p/s : Breeding Cage 1 akan dikemaskini dari semasa ke semasa..

Sunday 24 June 2012

Breeding Aviary A

Hai..Breeding Aviary A iaitu sangkar pembiakan Budgie yang menggunakan kaedah colony breeding..menempatkan sebanyak 13 ekor Budgie dengan dibekalkan 8 lubang nestbox..

Pada mulanya..masing-masing Budgie aktif dan gembira dimasukkan dalam Breeding Aviary A ini sebab selain dapat terbang bebas..Budgie ini juga diberikan lampu hijau untuk memilih pasangan kesukaan masing-masing..

Suasana aman yang kadang-kadang bertukar ganas..

Hari berganti minggu..suasana aman mula bertukar tegang kerana terdapat perebutan dalam cuba memikat pasangan yang sesuai lagi dikasihi hehe mulalah adegan patuk mematuk..kejar mengejar..bergusti hingga bergolek-golek di atas tanah..

Tindakan segera diambil dengan mengeluarkan 'kaki buli" dan juga mengurangkan bilangan Budgie dalam Breeding Aviary A..kini tinggal 8 ekor..dunia kelihatan aman..walaupun bilangan jantan hanya 3 sahaja..5 ekor betina..terdapat jantan yang memiliki kekasih gelapnya..hehe lepas diprojek yang "kekasih tua" bergerak pula ke "madu muda"..yang penting aman..dan mula bertelur dan mengeram..

Kini kehidupan lebih aman..dah mula bertelur dan mengeram..



Perkembangan terkini mendapati bahawa terdapat telur yang sudah menetas..ini berdasarkan adanya bunyi kecil suara anak Budgie..ditambah lagi dengan "kesibukan" parentnya "makan" sejak 2 - 3 hari ini..moga semuanya berjalan lancar..serta telur daripada parent yang lain pun akan menetas tidak lama lagi dan semuanya selamat..

Ini adalah aksi regurgitating iaitu "menyuap makanan" kepada pasangan...


Perkembangan terkini mendapati 6 telur dieram Albino telah menetas sebanyak 4 biji..tinggal 2 biji lagi masih perlu dieram untuk menetas..manakala 3 telur Cinnamon Skyblue juga menetas sebanyak 2 biji..hanya 1 biji lagi menunggu masanya..Cinnamon Skyblue yang lain pula masih lagi mengeram 6 biji telur..moga semuanya berjalan lancar dan selamat menetas dan membesar bagaikan johan..hehe

Cinnamon Light Green Cock + Albino Hen Generations..

Spangle Skyblue Cock + Cinnamon Skyblue Hen Generations...

Cinnamon LightGreen Cock + Cinnamon Skyblue Hen Generations..


Hari ini rutin secara rawak dijalankan untuk memeriksa keadaan nestbox dalam Breeding Aviary A.. sedihnya mendapati terdapat 3 ekor anak Albino Hen telah mati..tgl 1 ekor dan tadi baru menetas 1 ekor..1 biji telur lagi menunggu masa untuk menetas..

Cinnamon Skyblue Hen yang berpasangan dengan Spangle Skyblue Cock semua telurnya telah selamat menetas..kelihatan membesarkan dengan jayanya..

Manakala Cinnamon Skyblue Hen yang berkongsi hidup dengan Cinnamon Light Green Cock baru menetas 1 ekor..tinggal lagi 5 untuk menunggu masa..moga lepas ni semuanya dapat membesar bagaikan juara..


Disangkakan panas hingga ke petang..rupanya hujan di tengahari..inilah yang terjadi pada Breeding Aviary A..anak Albino Hen yang baru menetas telah "terbang" ke tanah..siasatan segera dijalankan dan mendapati ini angkara "jiran nestbox" punya angkara..usaha mengawal segera diambil dengan mengasingkan Albino Hen dan anak serta telur ke sangkar pengasingan..moga keadaan dalam Breeding Aviary A akan kembali aman..

Inilah antara kelemahan jelas cara Colony Breeding..untuk info lanjut bolehlah membelek post sebelum ini yang menyentuh mengenai cara Budgie Breeding yang digunakan..Colony Vs Cage..moga pemilihan yang tepat dilakukan sesuai dengan keselesaan masing-masing dan Budgie..

p/s : Akan dikemaskini dari semasa ke semasa..

Friday 15 June 2012

Breeding Cage 3

Hai..kali ni Sabah KK Budgie akan kongsi perkembangan Breeding Cage 3 yang mana menggunakan konsep cage breeding. Sangkar individu ini menempatkan pasangan Clearwing Skyblue Cock dan Dilute Yellowface Skyblue Hen..

The One dan Dwi dipasangkan dengan harapan akan menghasilkan anak Clearwing Yellowface..kita nantikan keberhasilan pasangan ini.

The One - Clearwing Skyblue Cock
Dwi - Dilute Fellowface Skyblue Hen










3 biji telur berjaya dihasilkan..dan dieramkan dengan jayanya..moga semuanya menetas..
Inilah hasilnya..3 biji telur..

Lihatlah perbezaan saiz antara telur dan anak yang baru sahaja menetas..kecilkan..
 
Video anak Budgie telur pertama..umur baru 1 hari..comelkan...

   
Ketiga-tiga telur yang dieram telah berjaya menetas..benjolan besar di bahagian dada tu adalah sack iaitu kantung makanan..berumur 5, 4 dan 3 hari..
Ketiga-tiga telur berjaya menetas..syukur alhamdulillah...

Adalah disarankan setiap minggu nestbox yang menempatkan anak dibersihkan..bedding diganti dengan yang baharu..ini adalah untuk keselesaan dan kebersihan anak, parent dan juga tuannya..kelihatan anak Budgie umur 1 minggu sudah pandai buka mata..pin feathers pun dan mula keluar..tak lama lagi ni dah nampak lah warna dan corak yang akan terhasil..kita tunggu sama-sama..


 Di antara mutation yang dijangka dihasilkan daripada pasangan bahagia ini adalah Clearwing Yellowface Skyblue..ini kerana apabila Clearwing adalah co-dominant terhadap Dilute..


1 Minggu

 Gambar ketika dalam bekas pengasingan


 
Video Budgie berumur 1 minggu semasa membersihkan nestbox... 


Pin feathers baru mahu keluar..so mutation yg mungkin dihasilkan masih lagi sukar untuk ditentukan..kita tunggu minggu depan..


2 Minggu

Semakin besar..yang paling tua dah mula mengeluarkan warna biru..


Bertambah cergas dan kuat bergerak..semuanya membesar dengan sihat...


Sudah mula mengeluarkan warna..semestinya biru..buat masa ni kemungkinan hanya 2 ekor sahaja yang Yellowface..1 ekor sahaja Cobalt..memang menepati kiraan genetik yang dijangka..



3 Minggu

Semakin jelas mutation apa yang akan dihasilkan oleh ketiga beradik ini..



Haha ini la dia..sudah pandai memanjat dan guna sayap lagi untuk mengibas..


 Semakin jelas mutation yang bakal dibentuk..yang no 1 adalah Clearwing Cobalt..no 2 dan no 3 adalah Yellowface Clearwing Skyblue..jantina masih sukar untuk ditentukan..


Hari ini..pasangan bertuah ini telah ditukar ke Breeding Cage 3..ini kerana Breeding Cage 1 kini direncanakan untuk projek seterusnya.



4 Minggu

Sudah mula weaned..moga dapat berdikari dengan jayanya..


Inilah gaya 3 beradik ini dalam sangkar pengasingan daripada parentnya..


Secara rasminya 3 ekor anak pasangan The One dan Dwi ini telah diasingkan..dan kelihatan sudah pandai terbang..almaklum sudah banyak bulu yang tumbuh..tinggal lagi di ekor saja kurang panjang..tapi dalam 1 minggu ini akan nampak seperti Budgie dewasa la..moga semuanya lancar..

Setelah diasingkan anak daripada parentnya..kelihatan pasangan ini mula meneruskan aktiviti untuk menambah lagi bilangan pewaris mutation Clearwing Blue Series..



5 Minggu

Inilah ketika berumur 5 minggu..dah weaned pun..syukur..

1 ekor pernah "terlepas"..nasib baik "jinak" jd dpt la tangkap blk..



p/s : Dikemaskini dari semasa ke semasa perkembangan Breeding Cage 3.

Sunday 3 June 2012

Budgie Breeding (Colony vs Cage)

Breeding Budgie guna kaedah Colony vs Cage?..mana lebih sesuai?..kaedah mana yang paling terbaik?..inilah topik yang Sabah KK Budgie kongsi dalam edisi semasa cuti kali ni..

Colony breeding juga dikenali sebagai flock breeding/aviary breeding adalah di mana lebih dari sepasang Budgie diletakkan dalam ruangan yang sama..kiranya macam dorm la ni..

Cage breeding atau pun cabinet breeding/control breeding pula menempatkan hanya sepasang Budgie dalam setiap sangkar..kalau banyak Budgie..kena banyak la juga sangkarnya..

Colony Breeding

Colony Breeding
- Kebaikan
a) Budgie akan memilih pasangan sendiri.
b) Sesuai untuk membiak dan jual semata-mata..tanpa perlu memikirkan mutation Budgie itu.
c) Kos aksesori adalah kurang..beli 1 dan kongsi..tempat makan, minum, cuttlebone dll.


- Kelemahan
a) Terpaksa DIY sangkar kalau melibatkan bilangan terlalu banyak.
b) Bilangan Budgie kenalah banyak..dah nama pun colony..kos pun besar.
c) Biasanya berlaku pergaduhan hingga melibatkan kematian jika bilangan betina melebihi jantan.
d) Perlu pemerhatian yang lebih sebab melibatkan bilangan yang banyak.
e) Kebarangkalian berlaku in-breeding adalah tinggi.
f) Asal keturunan tidak diketahui..1 betina boleh memiliki ramai pasangan..begitu juga sebaliknya.
h) Berlaku pergaduhan untuk memiliki nestbox yang paling sesuai dan disukai.
i) Induk cenderung untuk merosakkan telur atau membunuh anak musuhnya.
j) Anak yang dihasilkan kurang mendapat jagaan yang baik.
k) Perlu menyediakan nestbox yang lebih untuk mengelakkan berlaku pergaduhan.
l) Nestbox yang digantung perlulah pada ketinggian yang sama..rupa dan saiz pun kenalah sama..supaya semua sama rata.
m) Pembiakan yang tidak terkawal..umur masih muda tapi sudah membiak.
n) Membiak usia muda boleh menyebabkan kematian..apa lagi kalau membiak tanpa henti.




Cage Breeding

Cage Breeding
- Kebaikannya
a) Keturunan anak Budgie dapat dikenalpasti.
b) Jika berlaku masalah..mudah untuk diselesaikan.
c) Budgie kurang stress..tiada pergaduhan untuk mencari pasangan.
d) Masa bonding cepat..hanya 1 pasang sahaja dalam 1 kabinet.
e) Sangkar individu menempatkan 1 pasang Budgie adalah murah..
f) Mutation anak yang dihasilkan dapat dirancang dan dikawal.
h) Boleh bermula dengan sikit..ikut kemampuan.
i) Anak lebih terjaga rapi..makan minum semua dipantau dengan baik oleh ibubapanya.


- Kelemahannya
a) Makin banyak Budgie makin banyak la kosnya.
b) Terpaksa beli aksesori bagi setiap cage..tidak boleh main kongsi.
c) Jika tersalah pasangan..sampai tua pun Budgie tidak akan membiak..mesti 1 jantan 1 betina.


Inilah antara kebaikan dan kelemahan yang dapat Sabah KK Budgie kumpulkan..kalau ada yang ingin menambah amat dialukan..sila isi ruangan komen..jangan malu-malu..tujuannya hanya untuk perkongsian ilmu..tiada yang salah tiada yang betul..

Tuesday 22 May 2012

Budgie Mutations - 5) Sangat Jarang Jumpa

5) Sangat Jarang Jumpa - Budgie kategori ini pula tidak boleh dicipta..walaupun pakar dalam genetik Budgie..kerana genetiknya adalah mutasi tersendiri..bukannya gabungan beberapa mutasi..contohnya Slate, Blackface, Clearbody, Crested, Half-Sider, Saddleback, Antracite, Mottled dan Fallow..kategori Budgie ini Sangat Jarang Jumpa..nasib tersangat la ni kalau jumpa..harga pun tidak payah tanya la..Sangat Mahal..tu pun kalau la tuannya mahu jual..

Slate - merupakan faktor penambah warna..yang menghasilkan warna kelabu kebiruan..hanya sah untuk warna asas putih sahaja..

Blackface - memiliki warna belang hitam di kepala hingga ke keseluruhan bahagian muka..juga hingga ke badan..

Clearbody - warna badan adalah warna asas kuning dan putih atau pun pudar..tetapi belang hitam semakin pudar apabila semakin ke hujung sayap..

Crested - adalah keadaan di mana bulu di bahagian atas kepala tumbuh secara ganjil..menyebabkan bulu itu terbalik, menegak atau pun melekat..

Half-Sider - membawa 2 set genetik yang berbeza..bermakna 2 warna yang berbeza ada pada seekor burung..dengan garisan tengah badan sebagai sempadan..

Saddleback - warna belang adalah kelabu gelap di bahagian kepala dan bahu..beransur menjadi hitam semakin ke bawah..kelihatan seakan-akan Opaline..

Antracite - warna badan sangat kelabu atau pun hitam..warna belang adalah normal..memerlukan faktor pengganda untuk kelihatan Antracite..

Mottled - menetas seperti normal..tapi semakin salin bulu..bulu yang tumbuh bertukar kepada warna asas..warna bulu yang tumbuh pula adalah secara rawak..

Fallow - belang di kepala, sayap dan ekor berwarna coklat..warna badan adalah semakin pudar hingga menampakkan warna asas terutamanya di bahagian belakang antara sayap..

p/s gambar akan dikemaskini dari semasa ke semasa..

Saturday 19 May 2012

Budgie Mutations - 4) Jarang Jumpa

4) Jarang Jumpa - Budgie dalam kumpulan ini adalah gabungan beberapa mutasi..maksudnya 2-3 mutasi berbeza terdapat dalam 1 Budgie..untuk menghasilkannya memerlukan kepakaran dalam genetik Budgie dan juga masa yang lama..3-7 generasi Budgie diperlukan untuk menghasilkan seekor Budgie dalam kumpulan ini..contohnya Dark-Eyed Clear, Lacewing dan yang paling dicari adalah Rainbow..kumpulan Budgie ini adalah Jarang Jumpa..kalau ada pun nasib saja..harga pun semestinya adalah Mahal Sedikit..tu pun kalau dijual..


Dark-Eyed Clear
Dark-Eyed Clear -  merupakan gabungan 2 mutasi iaitu Recessive Pied dan juga Clearflight Pied..warna keseluruhan adalah warna asas kuning atau pun putih..tiada langsung warna belang hitam di sayap dan kepala..mata berwarna hitam pekat sepanjang hayat..
Nota - seakan-akan Lutino/Albino dan juga Double Factor Spangle..mutasi Lutino/Albino matanya berwarna merah..manakala Double Factor Spangle pula matanya normal iaitu memiliki iris apabila semakin tua..

Lacewing - terhasil daripada 2 mutasi juga iaitu Lutino/Albino dan juga Cinnamon..memiliki warna asas iaitu putih atau pun kuning sahaja di seluruh badan..tetapi mengekalkan warna corak/belang berwarna coklat di sayap..penghasilan mutasi ini memerlukan kepakaran kerana kedua mutasi yang digunakan dalam menghasilkan Lacewing ini adalah daripada kumpulan genetik sex-linked..
Nota : untuk pengetahuan terdapat mutasi baru yang agak banyak di pasaran yang seakan-akan Lacewing..iaitu mutasi warna Kuning..mutasi ini memiliki warna asas kuning seluruh badan tetapi corak/belang di sayap adalah lut sinar atau pun kurang jelas..seakan-akan corak/belang Clearwing..ramai yang "tertipu" dalam mengenali mutasi Lacewing..hanya yang pakar dan mahir dengan ciri-ciri bagi setiap mutasi Budgie sahaja yang mampu mengenalpasti Lacewing..

Cinnamon dan juga Warna Kuning
Rainbow - Rainbow sebenar merupakan gabungan 3 mutasi iaitu Opaline, Clearwing dan Yellowface..kesemua Budgie yang digunakan mesti daripada warna asas putih iaitu yang berwarna biru..biru awan, biru dan juga biru tua..memerlukan kepakaran yang tinggi..tidak dilupakan kesabaran..sekurang-kurangnya 3 generasi diperlukan untuk menghasilkan Rainbow..tu pun kalau terror genetik la..
Nota : disebabkan susahnya menghasilkan Rainbow sebenar..ada pilihan lain..iaitu dengan menggantikan mutasi Clearwing dengan Spangle..mutasi daripada gabungan Opaline, Yellowface dan Spangle ini tidak kurang cantiknya..mampu menyaingi "kehebatan" Rainbow sebenar..


p/s gambar akan dikemaskini dari semasa ke semasa..