Friday 6 April 2012

Budgie Mutations - 3) Dikehendaki

3) Dikehendaki - kategori ini pula adalah yang hanya ada 1 warna sahaja atau pun 2-3 warna..contohnya Lutino, Albino, Creamino, dan Double Factor Spangle semuanya 1 warna tanpa ada warna belang di sayap..serta Dominant Pied memiliki 2-3 warna..Budgie dalam kumpulan ini Susah Dijumpa..dan semestinya harga pun adalah Mahal..

Lutino
Lutino -  warna keseluruhan adalah kuning semata-mata tanpa ada sebarang warna hitam samada di sayap atau pun di kepala..mata berwarna merah..kaki kemerahan..

Albino - warna keseluruhan adalah putih semata-mata tanpa ada sebarang warna hitam samada di sayap atau pun di kepala..mata berwarna merah..kaki kemerahan..

Creamino - sama ciri seperti Lutino dan Albino..cuma bezanya..warna putih di badan ada sedikit lapisan nipis warna kekuningan..biasanya kelihatan jelas di bahagian kepala..

Albino
Double Factor Spangle - warna keseluruhan adalah kuning..seakan-akan Lutino..tiada langsung warna belang hitam di sayap dan kepala..bezanya adalah mata berwarna hitam yang semakin pudar apabila tua..ada iris apabila matang..

Dominant Pied - memiliki tompokan warna yang besar di badan terutamanya di perut dan juga di belakang..ini membuatkan Budgie ini kelihatan memiliki 2-3 warna..di Sabah dikenali sebagai Paddle Pop..tapi jangan salah faham..mutasi Dominant Pied ini berlainan dengan Rainbow..

p/s : gambar akan dikemaskini dari semasa ke semasa..

Wednesday 4 April 2012

Budgie Mutations - 2) Popular

2) Popular - mutasi dalam kumpulan ini pula memiliki corak dan warnanya yang menarik..antaranya Spangle, Opaline, Clearwing, Violet, Grey dan Yellowface..masih boleh dicari tetapi Sedikit Susah..dan harganya pun Sedikit Mahal.

Spangle Biru Awan
Spangle - corak belang warna hitam di sayap adalah terbalik..ertinya lebih banyak putih di bahagian sayap dan hanya sedikit warna hitam di hujung sayap..

Opaline Biru Awan
Opaline - corak belang adalah berlawanan..warna hitam pada belang di kepala dan sayap adalah nipis sahaja..dan bagi baka yang baik..kalau dilihat betul-betul akan kelihatan macam ada huruf "V" di belakang..iaitu antara sayap..

Clearwing Biru Awan
Clearwing - corak belang adalah sangat kurang atau pun tiada..macam lut sinar sahaja tu warna hitam..ini susah dicari..memang ada tapi susah sikit la..

Yellowface Biru Tua
Violet - warna keseluruhan adalah ungu..tetapi masih ada lagi corak belang hitam di bahagian sayap..

Grey -  warna keseluruhan adalah kelabu..tetapi masih ada lagi corak bekang hitam di bahagian sayap..

Yellowface - kebiasaanya Budgie siri putih (warna biru) memiliki muka yang berwarna putih..tetapi untuk mutasi ini..warna putih di muka itu berwarna kuning..semua ciri lain adalah sama mengikut mutasi asal..yang bezanya adalah warna muka sahaja berwarna kuning..

p/s : gambar akan dikemaskini dari semasa ke semasa..

Monday 2 April 2012

Budgie Mutations - 1) Warna


1) Warna - ini adalah yang paling asas dan mudah didapati..terdiri daripada warna seperti hijau muda, hijau, hijau tua, biru laut, biru, biru tua, kuning, dan putih..kebanyakan yang ada dipelihara dan Mudah Dicari adalah warna ini..harga pun adalah Harga Biasa..

Warna Kuning
Siri Kuning - terdiri daripada 3 warna iaitu hijau muda, hijau dan juga hijau tua..belang di sayap hitam.

Siri Putih - terdiri daripada 3 warna iaitu biru laut, biru dan juga biru tua..belang di sayap hitam..

Warna Kuning -  ini adalah mutasi terbaru..badan warna kuning dengan belang di badan adalah lut sinar atau pun hanya memiliki warna yang sedikit..seakan Lacewing..bezanya warna corak dan juga mata..susah didapati tetapi kurang permintaan..jadi harga pun biasa la buat masa ini..


Recessive Pied - warna kuning atau putih di seluruh badan tetapi ada tompokan warna asal di bahagian belakang antara sayap dan perut..tanda belang di sekitar mata dan juga di atas kepala..sikit susah dicari tetapi sebab kurang permintaan jadi harga pun biasa saja la..

Cinnamon Biru Awan
Greywing - badan samada warna siri kuning atau putih tetapi dengan belang yang berwarna kelabu..sikit susah dicari tetapi sebab kurang popular jadi harga pun biasa saja la..

Cinnamon - badan samada warna siri kuning atau putih tetapi dengan belang yang berwarna coklat..sikit susah dicari tetapi sebab kurang popular jadi harga pun biasa saja la..

p/s gambar akan dikemaskini dari semasa ke semasa..