Sunday 24 June 2012

Breeding Aviary A

Hai..Breeding Aviary A iaitu sangkar pembiakan Budgie yang menggunakan kaedah colony breeding..menempatkan sebanyak 13 ekor Budgie dengan dibekalkan 8 lubang nestbox..

Pada mulanya..masing-masing Budgie aktif dan gembira dimasukkan dalam Breeding Aviary A ini sebab selain dapat terbang bebas..Budgie ini juga diberikan lampu hijau untuk memilih pasangan kesukaan masing-masing..

Suasana aman yang kadang-kadang bertukar ganas..

Hari berganti minggu..suasana aman mula bertukar tegang kerana terdapat perebutan dalam cuba memikat pasangan yang sesuai lagi dikasihi hehe mulalah adegan patuk mematuk..kejar mengejar..bergusti hingga bergolek-golek di atas tanah..

Tindakan segera diambil dengan mengeluarkan 'kaki buli" dan juga mengurangkan bilangan Budgie dalam Breeding Aviary A..kini tinggal 8 ekor..dunia kelihatan aman..walaupun bilangan jantan hanya 3 sahaja..5 ekor betina..terdapat jantan yang memiliki kekasih gelapnya..hehe lepas diprojek yang "kekasih tua" bergerak pula ke "madu muda"..yang penting aman..dan mula bertelur dan mengeram..

Kini kehidupan lebih aman..dah mula bertelur dan mengeram..



Perkembangan terkini mendapati bahawa terdapat telur yang sudah menetas..ini berdasarkan adanya bunyi kecil suara anak Budgie..ditambah lagi dengan "kesibukan" parentnya "makan" sejak 2 - 3 hari ini..moga semuanya berjalan lancar..serta telur daripada parent yang lain pun akan menetas tidak lama lagi dan semuanya selamat..

Ini adalah aksi regurgitating iaitu "menyuap makanan" kepada pasangan...


Perkembangan terkini mendapati 6 telur dieram Albino telah menetas sebanyak 4 biji..tinggal 2 biji lagi masih perlu dieram untuk menetas..manakala 3 telur Cinnamon Skyblue juga menetas sebanyak 2 biji..hanya 1 biji lagi menunggu masanya..Cinnamon Skyblue yang lain pula masih lagi mengeram 6 biji telur..moga semuanya berjalan lancar dan selamat menetas dan membesar bagaikan johan..hehe

Cinnamon Light Green Cock + Albino Hen Generations..

Spangle Skyblue Cock + Cinnamon Skyblue Hen Generations...

Cinnamon LightGreen Cock + Cinnamon Skyblue Hen Generations..


Hari ini rutin secara rawak dijalankan untuk memeriksa keadaan nestbox dalam Breeding Aviary A.. sedihnya mendapati terdapat 3 ekor anak Albino Hen telah mati..tgl 1 ekor dan tadi baru menetas 1 ekor..1 biji telur lagi menunggu masa untuk menetas..

Cinnamon Skyblue Hen yang berpasangan dengan Spangle Skyblue Cock semua telurnya telah selamat menetas..kelihatan membesarkan dengan jayanya..

Manakala Cinnamon Skyblue Hen yang berkongsi hidup dengan Cinnamon Light Green Cock baru menetas 1 ekor..tinggal lagi 5 untuk menunggu masa..moga lepas ni semuanya dapat membesar bagaikan juara..


Disangkakan panas hingga ke petang..rupanya hujan di tengahari..inilah yang terjadi pada Breeding Aviary A..anak Albino Hen yang baru menetas telah "terbang" ke tanah..siasatan segera dijalankan dan mendapati ini angkara "jiran nestbox" punya angkara..usaha mengawal segera diambil dengan mengasingkan Albino Hen dan anak serta telur ke sangkar pengasingan..moga keadaan dalam Breeding Aviary A akan kembali aman..

Inilah antara kelemahan jelas cara Colony Breeding..untuk info lanjut bolehlah membelek post sebelum ini yang menyentuh mengenai cara Budgie Breeding yang digunakan..Colony Vs Cage..moga pemilihan yang tepat dilakukan sesuai dengan keselesaan masing-masing dan Budgie..

p/s : Akan dikemaskini dari semasa ke semasa..

Friday 15 June 2012

Breeding Cage 3

Hai..kali ni Sabah KK Budgie akan kongsi perkembangan Breeding Cage 3 yang mana menggunakan konsep cage breeding. Sangkar individu ini menempatkan pasangan Clearwing Skyblue Cock dan Dilute Yellowface Skyblue Hen..

The One dan Dwi dipasangkan dengan harapan akan menghasilkan anak Clearwing Yellowface..kita nantikan keberhasilan pasangan ini.

The One - Clearwing Skyblue Cock
Dwi - Dilute Fellowface Skyblue Hen










3 biji telur berjaya dihasilkan..dan dieramkan dengan jayanya..moga semuanya menetas..
Inilah hasilnya..3 biji telur..

Lihatlah perbezaan saiz antara telur dan anak yang baru sahaja menetas..kecilkan..
 
Video anak Budgie telur pertama..umur baru 1 hari..comelkan...

   
Ketiga-tiga telur yang dieram telah berjaya menetas..benjolan besar di bahagian dada tu adalah sack iaitu kantung makanan..berumur 5, 4 dan 3 hari..
Ketiga-tiga telur berjaya menetas..syukur alhamdulillah...

Adalah disarankan setiap minggu nestbox yang menempatkan anak dibersihkan..bedding diganti dengan yang baharu..ini adalah untuk keselesaan dan kebersihan anak, parent dan juga tuannya..kelihatan anak Budgie umur 1 minggu sudah pandai buka mata..pin feathers pun dan mula keluar..tak lama lagi ni dah nampak lah warna dan corak yang akan terhasil..kita tunggu sama-sama..


 Di antara mutation yang dijangka dihasilkan daripada pasangan bahagia ini adalah Clearwing Yellowface Skyblue..ini kerana apabila Clearwing adalah co-dominant terhadap Dilute..


1 Minggu

 Gambar ketika dalam bekas pengasingan


 
Video Budgie berumur 1 minggu semasa membersihkan nestbox... 


Pin feathers baru mahu keluar..so mutation yg mungkin dihasilkan masih lagi sukar untuk ditentukan..kita tunggu minggu depan..


2 Minggu

Semakin besar..yang paling tua dah mula mengeluarkan warna biru..


Bertambah cergas dan kuat bergerak..semuanya membesar dengan sihat...


Sudah mula mengeluarkan warna..semestinya biru..buat masa ni kemungkinan hanya 2 ekor sahaja yang Yellowface..1 ekor sahaja Cobalt..memang menepati kiraan genetik yang dijangka..



3 Minggu

Semakin jelas mutation apa yang akan dihasilkan oleh ketiga beradik ini..



Haha ini la dia..sudah pandai memanjat dan guna sayap lagi untuk mengibas..


 Semakin jelas mutation yang bakal dibentuk..yang no 1 adalah Clearwing Cobalt..no 2 dan no 3 adalah Yellowface Clearwing Skyblue..jantina masih sukar untuk ditentukan..


Hari ini..pasangan bertuah ini telah ditukar ke Breeding Cage 3..ini kerana Breeding Cage 1 kini direncanakan untuk projek seterusnya.



4 Minggu

Sudah mula weaned..moga dapat berdikari dengan jayanya..


Inilah gaya 3 beradik ini dalam sangkar pengasingan daripada parentnya..


Secara rasminya 3 ekor anak pasangan The One dan Dwi ini telah diasingkan..dan kelihatan sudah pandai terbang..almaklum sudah banyak bulu yang tumbuh..tinggal lagi di ekor saja kurang panjang..tapi dalam 1 minggu ini akan nampak seperti Budgie dewasa la..moga semuanya lancar..

Setelah diasingkan anak daripada parentnya..kelihatan pasangan ini mula meneruskan aktiviti untuk menambah lagi bilangan pewaris mutation Clearwing Blue Series..



5 Minggu

Inilah ketika berumur 5 minggu..dah weaned pun..syukur..

1 ekor pernah "terlepas"..nasib baik "jinak" jd dpt la tangkap blk..



p/s : Dikemaskini dari semasa ke semasa perkembangan Breeding Cage 3.

Sunday 3 June 2012

Budgie Breeding (Colony vs Cage)

Breeding Budgie guna kaedah Colony vs Cage?..mana lebih sesuai?..kaedah mana yang paling terbaik?..inilah topik yang Sabah KK Budgie kongsi dalam edisi semasa cuti kali ni..

Colony breeding juga dikenali sebagai flock breeding/aviary breeding adalah di mana lebih dari sepasang Budgie diletakkan dalam ruangan yang sama..kiranya macam dorm la ni..

Cage breeding atau pun cabinet breeding/control breeding pula menempatkan hanya sepasang Budgie dalam setiap sangkar..kalau banyak Budgie..kena banyak la juga sangkarnya..

Colony Breeding

Colony Breeding
- Kebaikan
a) Budgie akan memilih pasangan sendiri.
b) Sesuai untuk membiak dan jual semata-mata..tanpa perlu memikirkan mutation Budgie itu.
c) Kos aksesori adalah kurang..beli 1 dan kongsi..tempat makan, minum, cuttlebone dll.


- Kelemahan
a) Terpaksa DIY sangkar kalau melibatkan bilangan terlalu banyak.
b) Bilangan Budgie kenalah banyak..dah nama pun colony..kos pun besar.
c) Biasanya berlaku pergaduhan hingga melibatkan kematian jika bilangan betina melebihi jantan.
d) Perlu pemerhatian yang lebih sebab melibatkan bilangan yang banyak.
e) Kebarangkalian berlaku in-breeding adalah tinggi.
f) Asal keturunan tidak diketahui..1 betina boleh memiliki ramai pasangan..begitu juga sebaliknya.
h) Berlaku pergaduhan untuk memiliki nestbox yang paling sesuai dan disukai.
i) Induk cenderung untuk merosakkan telur atau membunuh anak musuhnya.
j) Anak yang dihasilkan kurang mendapat jagaan yang baik.
k) Perlu menyediakan nestbox yang lebih untuk mengelakkan berlaku pergaduhan.
l) Nestbox yang digantung perlulah pada ketinggian yang sama..rupa dan saiz pun kenalah sama..supaya semua sama rata.
m) Pembiakan yang tidak terkawal..umur masih muda tapi sudah membiak.
n) Membiak usia muda boleh menyebabkan kematian..apa lagi kalau membiak tanpa henti.




Cage Breeding

Cage Breeding
- Kebaikannya
a) Keturunan anak Budgie dapat dikenalpasti.
b) Jika berlaku masalah..mudah untuk diselesaikan.
c) Budgie kurang stress..tiada pergaduhan untuk mencari pasangan.
d) Masa bonding cepat..hanya 1 pasang sahaja dalam 1 kabinet.
e) Sangkar individu menempatkan 1 pasang Budgie adalah murah..
f) Mutation anak yang dihasilkan dapat dirancang dan dikawal.
h) Boleh bermula dengan sikit..ikut kemampuan.
i) Anak lebih terjaga rapi..makan minum semua dipantau dengan baik oleh ibubapanya.


- Kelemahannya
a) Makin banyak Budgie makin banyak la kosnya.
b) Terpaksa beli aksesori bagi setiap cage..tidak boleh main kongsi.
c) Jika tersalah pasangan..sampai tua pun Budgie tidak akan membiak..mesti 1 jantan 1 betina.


Inilah antara kebaikan dan kelemahan yang dapat Sabah KK Budgie kumpulkan..kalau ada yang ingin menambah amat dialukan..sila isi ruangan komen..jangan malu-malu..tujuannya hanya untuk perkongsian ilmu..tiada yang salah tiada yang betul..