Saturday 8 December 2012

Budgie Breeding (Kenapa Budgie tidak membiak)

Topik ini rasanya cukup menarik untuk kita sama2 berkongsi..kenapa 2 ekor budgie yang diletakkan bersama setelah sekian lama tapi masih lagi tidak mahu membiak?..padahal setahu kita Budgie ni antara burung keluarga kakak tua yg paling senang dibiakkan..so apa sebabnya..di mana silapnya..macam mana selesaikannya..

Di bawah adalah antara penyelesaian terhadap persoalan di atas..pandai2 la tapis dan ikut dengan kesesuaian situasi masing2..moga post ini dapat mambantu "pelayar" untuk membiakkan Budgie anda..jom sama2 kita teliti..mana yang kena..

Mula perlulah pastikan bahawa Budgie itu adalah sepasang..

1) Walau pun 2 ekor..tapi mungkin Budgie tu adalah sejenis..so sampai bila pun tak jadi membiak..
2) Jantan dengan jantan..tiada telur..tapi betina dengan betina..boleh ada telur yang dihasilkan..jadi jangan tertipu hehe
3) Nampak banyak kali yang 2 ekor Budgie tu sudah main "panjat2"..aktiviti panjat memanjat ini bukannya sebagai kepastian yang Budgie tu sepasang..sama jantina pun boleh main "panjat2"..

Sekarang sudah kompom sepasang..kenapa tidak mahu bertelur lagi..

4) Budgie anda adalah masih muda lagi..tidak matang..sebab tu tidak bertelur..
5) Tiada nestbox tempat bertelur..so Budgie pun "merajuk"..
6) Nestbox sudah siap digantung..tapi makanan pulak tidak cukup..so Budgie pun tidak mahu membiak..nanti bila ada anak..susah pulak mahu kasi makan sebab makanan kurang disediakan..
7) Kurangnya cahaya matahari..Budgie boleh dirangsang untuk membiak dengan "banyak"nya matahari..yang penting ada suasana cerah sekitar 12 jam..so di Malaysia ni kira ok la..paling2 boleh di"up"kan lagi dengan lampu..
8) Terdapat gangguan daripada keadaan luar..kucing ka..anjing ka..tikus ka..orang ka..monyet ka..burung ka..ayam ka..angsa ka..dll..
9) Perch adalah tidak stabil..Budgie perlukan "gelanggang" yang kukuh untuk main "panjat2"..kalau asyik bergoyang tempat bertenggek..macam mana Budgie mahu "goyang"..

Semua sudah lengkap..tapi masih jugak tidak membiak..

10) Pasangan itu tiada pengalaman lagi..so bolehlah pasangkan dengan yang sudah berpengalaman..ataupun jirankan dengan yang sudah pernah bertelur..
11) Pasangan yang dipilih tidak serasi..kadang2 1 hari kenal sudah ok..ada perlu 1 minggu..ada perlu 1 bulan..ikut suka tu burung la hehe so kita bolehlah tukar2kan pasangannya..manatau ada yang melekat..kaedah cuba jaya..
12) Telur tidak mahu keluar..last2 mati..ni disebabkan kurangnya kalsium..penyelesaian..bagi tulang sotong..boleh cari di kedai burung atau pun keai ubat cina..
13) Ada telur..mengeram..tapi tiada benih..ni mungkin disebabkan "mainan"nya tidak power hehe tidak "touching" sekadar main gesel2 saja..mungkin Budgie tu boleh ditangkap dan "trim" bulu di kawasan sewaktu dengannya..bukan untuk sexy..tapi untuk "touching"..faham2 la kan..
14) Bertelur..mengeram..tapi tiada benih..ni mungkin sebab Budgie muda..so memang la..mungkin jantan tu "tembak kosong"..sampai sudah memang tidak jadi..
15) Kali ni ada benih..tapi mati dalam telur..ni sebab proses mengeram itu ada gangguan..tidak teratur dan bersambung..betina biasanya mengeram..ada masanya keluar nestbox untuk makan..berak..berehat..dsbnya..kalau masa "check-out" terlalu lama..telur akan jadi sejuk..ini menyebabkan anak mati dalam telur..masa maksimum telur dibiarkan sendiri adalah sekitar 20 minit sahaja..

Telur menetas..tapi ada yang mati..

16) Pasangan itu baru pertama kali "membiak"..so pengalaman kurang..anak dibiarkan..so kita bolehlah "anak angkat"kan anak itu..kasi tumpang dengan pasangan lain ka..kasi hanfeed ka..
17) Anak mati..situasi ini disebabkan tiada makanan yang sesuai..so kita perlulah "alert" dengan burung..kalau sudah menetas..bagi la "soft food"..cthnya telur rebus..roti..jagung..kacang hijau direndam semalaman..dll..ini untuk makanan anak yang baru menetas..
18) Jangan bagi kangkung dan juga sayuran kalau ada anak kecik..ini boleh menyebabkan tercekik anak tu..kan panjang tu..kadang2 tersangkut..tertutup di muka la..dll..
19) Bilangan anak yang banyak..lima dan ke atas..so mesti ada yang besar..ada yang kecik..sebab masa menetaskan tidak sama..ada cara untuk mengelakkan "abang/kakak" pijak "adik"..kasi handfeed..atau pun tumpangkan anak dengan pasangan yang lain yang ada anak saiz lebih kurang..tapi jangan sampai banyak pulak..sebaiknya maksimum lima ekor sahaja anak yang sama saiz..kalau boleh kurang lagi bagus..lagi tinggi kebarangkalian untuk hidup..
20) Belum sampai seru lagi..kita hanya berusaha..tapi Allah / Tuhan yang menentukan..

Moga post ini sikit sebanyak dapat membantu dalam perkongsian ilmu..kalau ada yang perlu ditambah atau pun ada cadangan..jangan malu jangan segan..tinggalkan komen anda..

Gembiranya bila sudah dapat anak..

11 comments:

  1. makanan apa yg sesuai untuk pembiakan budgie selain drpd sambau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut situasi jgk..tp biasanya mmg sambau la..
      Makanan ayam..tuk baja anak..lupa no..klu x silap..201..
      Boleh jgk guna jagung makanan ayam..yg hancur kecik2..
      Selain itu..jagung..epal (biji mesti buang..ada bhn yg boleh membunuh budgie)..kangkung (elakkan klu ada anak kecik)..roti (bgs klu ada anak kecik..tp jgn selalu)..telur putih (tuk anak)..

      Delete
    2. saya nak tanya jadual mengeram telur dikira macam mana...
      ikut pada telur pertama atau selepas telur yang terakhir...

      Delete
    3. Kalau bagi mkn kangkung hari-hari tak apa ke

      Delete
  2. Bestnya dpt info... Terima kaseh ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Burung baji nie kongsi sarang x utk biak
      Contoh:Ibu lain kongsi sarang dgn Ibu lain.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Semuana ok dah..tapi sebelah sngkar ada sngkar kucing mgkin sbb tu juga kan yg xbertelur..sngkr rumh jiran hmmm

    ReplyDelete
  5. Nk tye sya semua perfect tpi x bertelur pun

    ReplyDelete