Friday 16 March 2012

Budgie Breeding (Tips Membiak Budgie)

Jika anda hendak membiakkan Budgie..ini info berguna untuk anda..Sabah KK Budgie sekadar berkongsi pengetahuan..kalau ada yang kurang..sila-silalah tambah di ruangan komen..

1) Pasangan yang betul - pastikan jantina Budgie adalah betul..1 pasang..ada jantan ada betina..macam mana mahu kenal jantina Budgie..
Pasangan yang serasi
Budgie jantan memiliki cere iaitu isi di sekitar hidung yang berwarna biru..manakala yang betina pula memiliki cere berwarna putih untuk yang muda..keperangan untuk yang matang..coklat untuk yang tengah dalam mood breeding..tapi harus diingat..tanda ini sah untuk Budgie berumur 1 tahun dan ke atas sahaja..kalau yang muda..masih boleh digunakan cuma tidak 100% tepat..kerana warna cere pandai berubah..almaklumlah Budgie masih lagi muda..jadi ada konflik identiti..tu yang jadi macam tu..

2) Umur - Budgie hendaklah berumur sekurangnya 1 tahun..tapi sebaiknya 2 tahun la..bukan apa..kalau di bawah umur 1 tahun..buat masa ini khasiat makanan masih lagi digunakan untuk tumbesaran badan Budgie itu sendiri..dikhuatiri nanti akan menyebabkan kurangnya nutrien dalam badan dan menyebabkan Budgie itu sakit dan mati..

3) Nestbox - tempat untuk betelur ini biasa diperbuat daripada plywood bersaiz paling kecil 6'' x 6'' x 6'' tapi lagi besar lagi bagus..tapi kalau mahu yang semulajadi pun boleh..gunakanlah sabut kelapa tua yang di belah dua dan dibuang isinya..tempurung bawah dikekalkan..tapi tempurung atas bolehlah dibuang..ini untuk menambah keluasan lubang..

Penerangan lanjut mengenai jantina, umur dan nextbox ini akan dikongsi pada post akan datang..
Makanan yang pelbagai dan mencukupi

Makanan - yang banyak..sayur dan buah juga harus diberikan..jangan setakat bijirin (sekoi) semata..Budgie pun perlu khasiat..apa lagi kalau yang mahu bertelur..tulang sotong (cuttlebone) perlu disediakan setiap masa..ini untuk mengelakkan telur tidak keluar (egg binding)..boleh menyebabkan mati tu kalau telur tersekat dalam badan..dan air yang bersih perlu ditukar setiap hari..

Tuesday 13 March 2012

Budgie Mutations (Mutasi - Corak Dan Warna)

Hai semua..berjumpa lagi kita pada ruangan yang tidak kurang pentingnya mengenai dunia Budgie ini..iaitu Mutation..ni cakap English la..cakap Melayunya Mutasi..tapi masih lagi ada bunyi English..atau pun dalam bahasa yang mudah difahami iaitu corak dan warna..
Pengkelasan Budgie ni berbeza mengikut kefahaman masing-masing..ada yang mengkelaskan mengikut asal usul corak dan warna itu..seperti berdasarkan warna, corak belang, tompokan warna asas dan juga jarang ditemui..ada pihak pula membezakan mengikut warna, warna sayap, corak belang, tompokan warna asas dan juga jarangnya mutasi itu ditemui..
Tapi Sabah KK Budgie lebih minat mengkategorikan mutasi Budgie ini berdasarkan warna, popular, dikehendaki, jarang jumpa dan juga sangat jarang jumpa..hehe lain macam saja bunyinya..ya ini cara mudah untuk semua..samada yang baru berjinak atau pun sudah lama..
Kenapa guna cara ini?..sebab tidak semua yang menceburi dunia Budgie ini berminat mengenai mutasi..yang penting cantik sudah cukup..jadi untuk tidak mengecewakan..saya akan kongsi mengenai tahap diminati bersama dengan mutasi sekali..ini lebih mudah..

1) Warna - ini adalah yang paling asas dan mudah didapati..terdiri daripada warna seperti hijau muda, hijau, hijau tua, biru laut, biru, biru tua, kuning, dan putih..kebanyakan yang ada dipelihara dan Mudah Dicari adalah warna ini..harga pun adalah Harga Biasa..
2) Popular - mutasi dalam kumpulan ini pula memiliki corak dan warnanya yang menarik..antaranya Spangle, Opaline, Clearwing, Violet, Grey dan Yellowface..masih boleh dicari tetapi Sedikit Susah..dan harganya pun Sedikit Mahal.
3) Dikehendaki - kategori ini pula adalah yang hanya ada 1 warna sahaja atau pun 2-3 warna..contohnya Lutino, Albino, Creamino, dan Double Factor Spangle semuanya 1 warna tanpa ada warna belang di sayap..serta Dominant Pied memiliki 2-3 warna..Budgie dalam kumpulan ini Susah Dijumpa..dan semestinya harga pun adalah Mahal..
4) Jarang Jumpa - Budgie dalam kumpulan ini adalah gabungan beberapa mutasi..maksudnya 2-3 mutasi berbeza terdapat dalam 1 Budgie..untuk menghasilkannya memerlukan kepakaran dalam genetik Budgie dan juga masa yang lama..3-7 generasi Budgie diperlukan untuk menghasilkan seekor Budgie dalam kumpulan ini..contohnya Dark-Eyed Clear, Lacewing dan yang paling dicari adalah Rainbow..kumpulan Budgie ini adalah Jarang Jumpa..kalau ada pun nasib saja..harga pun semestinya adalah Mahal Sedikit..tu pun kalau dijual.. 
5) Sangat Jarang Jumpa - Budgie kategori ini pula tidak boleh dicipta..walaupun pakar dalam genetik Budgie..kerana genetiknya adalah mutasi tersendiri..bukannya gabungan beberapa mutasi..contohnya Slate, Blackface, Clearbody, Crested, Half-Sider, Saddleback, Antracite, Mottled dan Fallow..kategori Budgie ini Sangat Jarang Jumpa..nasib tersangat la ni kalau jumpa..harga pun tidak payah tanya la..Sangat Mahal..tu pun kalau la tuannya mahu jual..

Penerangan secara lebih akan dikongsi pada post yang akan datang..berserta gambar dalam koleksi peribadi Sabah KK Budgie sendiri..

Friday 9 March 2012

Panduan Membeli Budgie

Bertemu lagi kita pada post ini..diharapkan post yang sebelum ini banyak membantu sikit sebanyak dalam memberi pengenalan mengenai Budgie.

Pada post ini..sempena musim cuti sekolah..memang ramai yang mencari Budgie..tapi mungkin sedikit "segan" untuk membeli kerana tidak pasti apakah yang perlu diambil kira sebelum membeli Budgie..

Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan sebelum membeli Budgie..

1) Rupa budgie tu..jangan pilih Budgie yang cacat..Budgie ini jarang juga yang cacat..tapi ada juga la Budgie yang kurang bernasib baik dilahirkan cacat..kalau mahu kenal senang saja..biasanya kecacatan yang terdapat pada Budgie adalah pada bahagian paruh dan juga kaki..kalau paruh tu pastikan jangan yang bengkok..kerana ini meneyusahkan Budgie untuk makan dan dikhuatiri akan cepat mati sebab kurang mendapat zat yang sepatutnya..selain paruh..kaki juga perlu diperhatikan..jika kelihatan pergerakan Budgie itu tidak cergas dan tersekat-sekat ini menandakan terdapat masalah pada kaki..jadi elakkan la membeli Budgie yang seperti ini..

2) Jangan pilih yang sakit..hah mesti ada yang berfikir.."kita ni bukannya doktor haiwan"..tidak apa..skill ini tidak memerlukan kepakaran yang tinggi..jika ada Budgie yang hanya duduk di bahagian lantai sangkar atau pun bersendirian di sudut..selain itu jika Budgie mengembangkan bulu..ini memandakan terdapat masalah dengan Budgie itu..jadi sekali lagi elakkan membeli Budgie yang sakit..kerana bukan saja kemungkinan akan mati..tapi kebarangkalian untuk berlakunya penyebaran penyakit juga adalah tinggi..nanti tidak pasal-pasal Budgie yang sedia ada di rumah pun terjangkit sama..rugi ooo...

Bagi saya hanya ini saja perkara utama yang perlu diberi perhatian..kalau ada yang kurang dan ingin menambah beri komen jangan segan jangan malu..kita sama-sama berkongsi ilmu pengetahuan untuk peminat Budgie semua..terima kasih saya ucapkan...

Wednesday 7 March 2012

Budgie : Info Asas

Hai..post pada kali ini Sabah KK Budgie akan menyentuh mengenai info asas Budgie..apa yang akan dibincangkan di bawah ini adalah amat berguna bagi yang mahu berjinak-jinak dengan Budgie.

Budgeriger  (Melopsittacus undulatus) atau nama popularnya Budgie adalah spesis kakak tua bersaiz kecil yang berasal dari Australia..Di Amerika di kenali sebagai Parakeet..Di Indonesia popular dengan jolokan Parket..Di Malaysia ada berbagai nama untuk Budgie ni..ada panggil kissing bird..ada sebut serindit..ada juga lovebird..macam-macam kan..

Pertama..Apakah tujuan anda memelihara Budgie?

Terdapat dua (2) kategori utama bagi yang mahu memelihara Budgie iaitu
1) Minat dan juga 2) Meniaga.

Contoh sangkar 1
1) Minat dengan Budgie ini memang tidak perlu lagi dihuraikan panjang lebar..sedia maklum bahawa ramai yang kagum dengan kepelbagaian warna dan corak yang dimiliki Budgie ini..selain itu Budgie ini adalah spesis Kakak Tua yang memegang rekod paling banyak perkataan mampu "dihafal" berbanding dengan saiz Kakak Tua lain yang lebih besar..jika anda tergolong dalam kumpulan yang meminati warna dan corak, saya cadangkan anda agar memelihara dalam jumlah yang 1 hingga 3 pasang..agar Budgie ini tidak bosan...tetapi jika tujuan memelihara adalah untuk melatih Budgie ini untuk "bercakap", dicadangkan cukup hanya satu (1) ekor sahaja.

Contoh sangkar 2
2) Meniaga Budgie..memang ramai yang mencari Budgie ini kerana untuk berniaga..Budgie adalah burung yang cepat dan mudah membiak..tidak hairanlah kenapa bekalan (stock) Budgie di Kota Kinabalu, Sabah ini tidak pernah mencukupi..apabila ada sahaja stock baharu sampai..pasti tidak memerlukan masa yang lama untuk menghabiskannya..kerana ramai yang telah memesan atau dalam bahasa mudahnya membooking lagi awal-awal Budgie ini..so terpaksa la Sabah KK Budgie berpantun sikit.."pat pat siku lipat, siapa cepat dia yang dapat"..seperti biasa apabila untuk meniaga, semestinyalah bilangan yang baik adalah banyak..

Kedua..Susahkah mahu jaga Budgie ni?

Sekoi
Jawapannya tidak susah..anda hanya memerlukan sangkar yang bersesuaian dengan bilangan Budgie..kalau setakat 1-3 pasang tu sangkar yang biasa di beli di kedai burung itu masih boleh pakai lagi la..cuma cakap jujur ada sedikit kecil la bagi Budgie..sebab dah pun nama burung..jadi mahu terbang la kerjanya..yang sebaiknya adalah lagi besar lagi bagus..tapi jangan plak pakai kandang anjing tau kucing..nanti tidak pasal-pasal Budgie tu dapat keluar sebab jarak (spacing) antara besi (bar) tu adalah besar..kalau pakai yang buatan sendiri tu, sila pastikan guna dawai (wire mesh) yang berukuran 1/2 inci x 1/2 inci..ini yang sebaiknya untuk Budgie anda..

Baja ayam 201
Selain sangkar atau pun kandang..mainan juga perlu disediakan..bukan apa untuk mengelakkan Budgie ni daripada bosan..mainan anak yang sudah rosak dan tidak pakai lagi tu pun bolehlah..asal ada..tapi kalau rajin boleh buat sendiri..contohnya ayunan untuk Budgie bermain manjat-manjat..tali pun boleh digantung untuk tempat Budgie hinggap..Budgie ni lucu bila kita tengok gaya dorang main..tu yang best ni pelihara spesis Kakak Tua.

Ketiga..Apa makanan Budgie?

Jagung hancur
Senang saja..boleh cari di kedai burung..tanya saja dengan pekerjanya..pasti jawapannya adalah biji-biji putih tu..apa namanya..sekoi..ya betul sekoi namanya..tapi kalau tidak jumpa juga atau pun susah mahu dapat..kasi tu baja ayam pun boleh juga..baja ayam pun ada gred..guna yang nombor 201..ini yang sesuai untuk Budgie..tapi kalau baja ayam pun susah mahu cari..guna jagung hancur tu pun boleh la..sekali lagi saya ulang ikut urutan kesukaan Budgie..sekoi..baja..jagung..

Air jangan lupa..pastikan air yang bersih..sebaiknya ditukar setiap hari..

Diharapkan post ini mampu memberi sedikit sebanyak input berguna untuk semua..jumpa lagi dalam post yang akan datang..

Sunday 4 March 2012

Selamat Datang Ke Sabah KK Budgie

Sabah KK Budgie ini menyajikan maklumat yang berkaitan dengan Budgie..

Apa ni Budgie??? Ya, Budgie adalah salah satu spesis daripada keluarga Kakak Tua yang berukuran kecil. Terdapat 2 jenis Budgie iaitu American dan juga English. Paling kecil adalah bersaiz sekitar 7 inci panjang bagi yang American Budgie (atau pun bahasa mudahnya Gred C). Manakala English Budgie bersaiz lebih besar sekitar 10 inci.

Kenapa Budgie??? Ya, sebab Budgie adalah burung peliharaan yang paling popular dan banyak dipelihara di seluruh dunia. No 1 dalam senarai carta mengalahkan Cockatiel dan juga Lovebird. Ini disebabkan Budgie merupakan burung yang senang dipelihara dan serta tidak rumit berbanding dengan spesis Kakak Tua yang lebih besar. Amat sesuai bagi yang pertama kali memelihara burung sebagai pengenalan kepada spesis Kakak Tua yang lebih besar seperti Cockatiel, Indian Ringneck, Macaw, Cockatoo dan African Grey.

Mengapa Budgie??? Ya, kerana Budgie memiliki corak yang tidak terbatas. Terlalu banyak corak dan warna yang pelbagai. Warna seperti Hijau, Biru, Ungu, Kuning, Putih. Corak pula seperti Opaline, Spangle. Hanya menamakan beberapa. Selain itu Budgie ini mudah dibiakkan serta tidak memerlukan perhatian yang lebih.

Maklumat lebih lanjut mengenai warna, corak (mutation), membiak (breeding) dan sebagainya boleh dapatkan di sini. Selain memberi maklumat, Sabah KK Budgie juga ada menyediakan perkhidmatan menjual Budgie untuk sesiapa yang berminat. Sedia maklum bahawa bekalan (stock) Budgie di pasaran terutamanya di Kota Kinabalu, Sabah adalah tidak mencukupi. Kepada yang ingin memborong secara berkala pun amat dialukan. Jika berminat bolehlah berhubung dengan pihak Sabah KK Budgie dengan menghantar emel ke alamat sabahkkbudgie@gmail.com atau pun hubungi nombor di talian 0138838682 untuk membuat tempahan Budgie anda.

Segala yang berkaitan Budgie akan dipost dari semasa ke semasa. Jangan lupa untuk terus mengunjungi blog ini kerana mungkin maklumat yang anda cari terdapat di sini. Moga blog ini dapat membantu kita semua.

Salam Perkenalan daripada Sabah KK Budgie kepada semua pelawat blog ini.