Tuesday 22 May 2012

Budgie Mutations - 5) Sangat Jarang Jumpa

5) Sangat Jarang Jumpa - Budgie kategori ini pula tidak boleh dicipta..walaupun pakar dalam genetik Budgie..kerana genetiknya adalah mutasi tersendiri..bukannya gabungan beberapa mutasi..contohnya Slate, Blackface, Clearbody, Crested, Half-Sider, Saddleback, Antracite, Mottled dan Fallow..kategori Budgie ini Sangat Jarang Jumpa..nasib tersangat la ni kalau jumpa..harga pun tidak payah tanya la..Sangat Mahal..tu pun kalau la tuannya mahu jual..

Slate - merupakan faktor penambah warna..yang menghasilkan warna kelabu kebiruan..hanya sah untuk warna asas putih sahaja..

Blackface - memiliki warna belang hitam di kepala hingga ke keseluruhan bahagian muka..juga hingga ke badan..

Clearbody - warna badan adalah warna asas kuning dan putih atau pun pudar..tetapi belang hitam semakin pudar apabila semakin ke hujung sayap..

Crested - adalah keadaan di mana bulu di bahagian atas kepala tumbuh secara ganjil..menyebabkan bulu itu terbalik, menegak atau pun melekat..

Half-Sider - membawa 2 set genetik yang berbeza..bermakna 2 warna yang berbeza ada pada seekor burung..dengan garisan tengah badan sebagai sempadan..

Saddleback - warna belang adalah kelabu gelap di bahagian kepala dan bahu..beransur menjadi hitam semakin ke bawah..kelihatan seakan-akan Opaline..

Antracite - warna badan sangat kelabu atau pun hitam..warna belang adalah normal..memerlukan faktor pengganda untuk kelihatan Antracite..

Mottled - menetas seperti normal..tapi semakin salin bulu..bulu yang tumbuh bertukar kepada warna asas..warna bulu yang tumbuh pula adalah secara rawak..

Fallow - belang di kepala, sayap dan ekor berwarna coklat..warna badan adalah semakin pudar hingga menampakkan warna asas terutamanya di bahagian belakang antara sayap..

p/s gambar akan dikemaskini dari semasa ke semasa..

Saturday 19 May 2012

Budgie Mutations - 4) Jarang Jumpa

4) Jarang Jumpa - Budgie dalam kumpulan ini adalah gabungan beberapa mutasi..maksudnya 2-3 mutasi berbeza terdapat dalam 1 Budgie..untuk menghasilkannya memerlukan kepakaran dalam genetik Budgie dan juga masa yang lama..3-7 generasi Budgie diperlukan untuk menghasilkan seekor Budgie dalam kumpulan ini..contohnya Dark-Eyed Clear, Lacewing dan yang paling dicari adalah Rainbow..kumpulan Budgie ini adalah Jarang Jumpa..kalau ada pun nasib saja..harga pun semestinya adalah Mahal Sedikit..tu pun kalau dijual..


Dark-Eyed Clear
Dark-Eyed Clear -  merupakan gabungan 2 mutasi iaitu Recessive Pied dan juga Clearflight Pied..warna keseluruhan adalah warna asas kuning atau pun putih..tiada langsung warna belang hitam di sayap dan kepala..mata berwarna hitam pekat sepanjang hayat..
Nota - seakan-akan Lutino/Albino dan juga Double Factor Spangle..mutasi Lutino/Albino matanya berwarna merah..manakala Double Factor Spangle pula matanya normal iaitu memiliki iris apabila semakin tua..

Lacewing - terhasil daripada 2 mutasi juga iaitu Lutino/Albino dan juga Cinnamon..memiliki warna asas iaitu putih atau pun kuning sahaja di seluruh badan..tetapi mengekalkan warna corak/belang berwarna coklat di sayap..penghasilan mutasi ini memerlukan kepakaran kerana kedua mutasi yang digunakan dalam menghasilkan Lacewing ini adalah daripada kumpulan genetik sex-linked..
Nota : untuk pengetahuan terdapat mutasi baru yang agak banyak di pasaran yang seakan-akan Lacewing..iaitu mutasi warna Kuning..mutasi ini memiliki warna asas kuning seluruh badan tetapi corak/belang di sayap adalah lut sinar atau pun kurang jelas..seakan-akan corak/belang Clearwing..ramai yang "tertipu" dalam mengenali mutasi Lacewing..hanya yang pakar dan mahir dengan ciri-ciri bagi setiap mutasi Budgie sahaja yang mampu mengenalpasti Lacewing..

Cinnamon dan juga Warna Kuning
Rainbow - Rainbow sebenar merupakan gabungan 3 mutasi iaitu Opaline, Clearwing dan Yellowface..kesemua Budgie yang digunakan mesti daripada warna asas putih iaitu yang berwarna biru..biru awan, biru dan juga biru tua..memerlukan kepakaran yang tinggi..tidak dilupakan kesabaran..sekurang-kurangnya 3 generasi diperlukan untuk menghasilkan Rainbow..tu pun kalau terror genetik la..
Nota : disebabkan susahnya menghasilkan Rainbow sebenar..ada pilihan lain..iaitu dengan menggantikan mutasi Clearwing dengan Spangle..mutasi daripada gabungan Opaline, Yellowface dan Spangle ini tidak kurang cantiknya..mampu menyaingi "kehebatan" Rainbow sebenar..


p/s gambar akan dikemaskini dari semasa ke semasa..