Wednesday 27 March 2013

Murai Batu Kaki Hitam

Ya..post kali ni akan memaparkan contoh warna kaki Murai Batu (MB)..warna yg menjadi pilihan no 1 d kalangan peminat MB adalah kaki yg berwarna hitam..apa lg klu kaki tu nampak bkerak2 dan tua..sbb mengikut cerita dan pengalaman drpd peminat MB..MB kaki hitam ini memiliki mental yg kuat dan semangat tempur yg tinggi..apa2 pun mari sama2 kita tengok mcm mana rupa kaki MB yg menjadi rebutan ramai ini..saksikan..



 

 


Tengok kaki MB ni pun suda semangat..nampak betul..mesti puas hati..



Friday 8 March 2013

Panduan Menjinakkan Budgie (Fasa 3)

Setelah sekian lama..akhirnya SabahKKBudgie kembali lagi yeah...

Maaf atas kesibukan sejak kebelakangan ini sehingga menyebabkan blog menyepi seketika..bukan apa..untuk mengumpul bahan dan burung baharu untuk projek seterusnya..doakan berjasa seperti yang dirancang..

Akhirnya kita sampai juga ke Fasa 3 iaitu fasa terakhir dlm proses menjinakkan Budgie anda..tanpa membuat masa..terus kita ke pengenalan bagi fasa ini..

Fasa 3 : Menjinakkan & Step Up
Di fasa inilah Budgie anda akan jinak sepenuhnya terhadap tangan anda..pastikan sesi ini berjalan dalam "bilik selamat" (tandas la paling sesuai..bilik kosong pun boleh) dengan tiada sebarang alemen yang boleh menganggu keselamata Budgie anda..tingkap dtutup dengan langsir atau kertas..kipas ditutup..tiada api menyala (kalau buat d dapur la)..pets..lampu yg terang tetapi bukan terlalu terang..seeloknya sedikit gelap..sedap mata memandang..bilik yg bersih..setiap sesi hanya selama 15-20 minit sahaja..disarankan 1-2 kali sehari..


Langkah 1
Dengan Budgie kini d tangan anda..bawa Budgie ke bilik selamat..jika Budgie terbang ke sangkar..ambil dan bawa dengan membelakangkan sangkar..boleh juga tutup belakangnya dengan tangan..jangan disentuh..tangan itu hanya untuk menghalang agar Budgie tidak terbang semula..sampai d dalam bilik selamat..duduk d lantai atau katil (yg sesuai la)..berbuallah dengan Budgie anda mengguna nada yg rendah sambil memberi habuannya..spray millet dgunakan..puji akan kehebatan Budgie anda mengikut arahan dengan masih berada d tangan anda..setelah selesai..masukkan semula Budgie ke dalam sangkarnya..dicadangkan sesi ini berjalan selama 3-5 hari..

Langkah 2
Sekali lagi..bawa Budgie ke dalam bilik selamat..tapi kali ini jangan terus bagi habuan..tunggu..ketika Budgie berada d tangan anda..dengan perlahan suakan (beri) jari anda ke bahagi bawah perut Budgie tapi d atas kakinya..jika tidak mahu naik..sentuh (tekan) jari ke perut bawah hingga Budgie naik ke jari..ini yg dinamakan Step Up..apabila berjaya..beri habuan..kali ini dengan jari tangan yg sebelah lagi..buat silih berganti tangan..beri habuan setiap kali Budgie Step Up..sampai pada satu tahap..Budgie akan faham bahawa apabila ada jari anda..ertinya kena naik la tu jari..tp kali ini jangan terus bagi habuan..tunggu untuk beberapa ketika atau beberapa kali step up baru bagi habuan..sekejap sj akan mahir langkah ini..percayalah..jika suda lulus..masa untuk ke langkah seterusnya..

Langkah 3
Sekarang Budgie anda suda pandai Step Up..kini masanya untuk menjinakkan dengan tangan anda..latih Budgie untuk naik ke bahu..secara semulajadi memang Budgie sukakan tempat yg tinggi..so sepatutnya tiada masalah untuk anda dan Budgie anda..letakkan jari anda sedikit rendah daripada bahu..secara automatik pastik Budgie akan naik ke bahu..masa ini beri habuan..puji jangan lupa..kemudian letak jari anda dekat bahu untuk melatih agar Budgie naik ke jari daripada bahu anda..bagi habuan bila berjaya..ulang la naik turun bahu-jari berselang seli dengan habuan sebagai pengerasnya..dalam 1minggu rasanya suda mahir la Budgie anda dengan arahan ini..

Kini Budgie anda sudah jinak sepenuhnya..perlahan-lahan kenalkan dengan keadaan sekeliling..kalau tengok TV..boleh la bawa sekali tengok TV..kalau mahu belajar..boleh lah letak d meja belajar sambil tengok2 anda..kenalkan dengan hali keluarga..pastikan setiap kali Budgie keluar sangkar keadaan rumah adalah selamat dengan kipas ditutup, tingkap dtutup dengan langsir/kertas..dan semua la elemen yg boleh membahayakan Budgie anda..moga anda dan Budgie bergembira menjalani kehidupan bersama-sama..

Tamatlah perkongsian mengenai Panduan Menjinakkan Budgie..moga ianya berguna untuk semua pelayar (pembaca blog ini)..jumpa lagi di post akan datang..