Monday 28 January 2013

Jenis Kaki Murai Batu

Tanpa berlengah lagi..jom terus masuk ke topik ini..tiada intro tiada bunga2 hehe

Ramai orang cakap Murai Batu aka MB yg memiliki kaki berwarna hitam ini adalah MB yg bagus..kenyataan ini tidak betul sepenuhnya..tp tidak pulak salah..

Kemenjadian MB ini dipengaruhi oleh perawatan / penjagaan MB itu sendiri..walau MB tu kaki hitam..tp kalau dijaga pun cincai..so hasilnya pun cincai juga..selain itu, faktor keturunan MB itu juga memainkan peranan..kalau induknya daripada MB yg memang power..so kebarangkalian anak tu menjadi power pun tinggi la..

Kenapa MB kaki hitam ini menjadi rebutan..sebabnya MB jenis kaki hitam ini dikatakan memiliki mental yg kuat..dan ini mmg ada kebenarannya..tp bukan bermakna MB kaki jenis lain itu tidak hebat..semua bergantung dengan perawatan juga..MB kaki hitam ini sesuai untuk dibawa berlawan / bertanding / chai..sebab kalau mo lawan tp MB mentalnya lemah..susa tu..nampak lawan sj terus kecut pulak nanti..

Tetapi kalau niat anda hanya untuk menikmati bunyi kicauan MB sahaja..makanya MB kaki jenis lain pun boleh dipilih..asalkan MB tu selesa..pastinya akan berbunyi..tidak kiralah kaki warna apa..

Pilihan jenis kaki MB mengikut urutan..
1) Coklat kehitaman

Kaki MB (Pink) - Coklat kehitaman

2) Coklat muda
3) Kemerahan
Kaki MB (Levis) - Kemerahan

4) Kekuningan

So semoga jenis kaki MB ini bukanlah sebagai faktor muktamad dlm pemilihan MB anda..yg paling utama adalah perawatannya..semua MB pun power juga..masukkan MB dalam universiti dan ambik master hehe kalau suda power MBnya..mungkin boleh teruskan pengajian ke peringkat PHD pulak haha

Info ini adalah berdasarkan pengalaman, perkongsian dengan otai2 MB, dan pembacaan..yg sesuai boleh jd pedoman..kalau salah boleh diperbetulkan..sekian..

P/S : Kaki MB akan dikemaskini dari semasa ke semasa..mengikut bahan yg diperolehi..

Thursday 17 January 2013

Tangkap Dan Lepas

Sedia maklum..nak bagi jinak parrot ni bukannya senang..sebab tu la harga parrot yg jinak ni tinggi daripada harga liar..yg menjadi pilihan of course la parrot besar / agak besar seperti CAG, Macaw, Cookatoos, Eclectus, Conure, Loriess, Lorikeet, serta Cockatiel..tp main parrot kecil ni pun tetap hebat..comel dan cute sj tgk yg kecil ni terbang..syiok tu dpt main yg jinak..puas hati la..dpt terbang ke tangan dengan arahan tu cukup best tau..

Melatih parrot untuk jinak ni memerlukan konsistensi dan juga kerja keras sikit..biasa la tu kan hehe..kepada yg masi lagi susa nak bagi Budgie anda nak "jinak" dengan tangan anda..jangan risau..boleh cuba cara ini..

Keluarkan Budgie daripada sangkarnya..sebaiknya wing cliped la ya..buat sesi ini dlm tempat yg selamat..dlm tandas la pun ok..yg x nampak sangkarnya..tangkap dan lepaskan Budgie anda berulang kali..parrot ni cepat belajar..sbb bila terbang dengan wing cliped..keupayaan terbang parrot ni sedikit terbatas..so lama kelamaan kebergantungan dengan manusia adalah tinggi..sbb dorg sedar yg bila terbang x sempurna..ada anda yg akan "tolong"..so ini menyebabkan parrot ni "jinak" dengan anda..sbb parrot tu sudah terhutang budi la katakan hahaha selamat mencuba..

Monday 7 January 2013

Panduan Menjinakkan Budgie (Fasa 2)

Ya..rasanya sesuai la masa ini untuk kita tgk2 dengan sambungan Panduan Menjinakkan Budgie bagi Fasa 2 ini..kalau Fasa 1 masih lg tidak lepas..seeloknya kasi settle dulu..baru lah boleh naik kelas..nanti kalau naik kelas sj tp Budgie belum ready lg..susah jgk kan..

Langkah 2 : Asas Menjinak Di Tangan
Matlamatnya mudah sj..Budgie ke tangan anda..dan boleh ikut di tangan untuk keluar sangkar..ni perlu usaha keras jgk ni..sbb bagi Budgie tu..sangkar tu la tempat yg selamat..so ada susah sikit tuk "pujuk" Budgie keluar..masanya 10 - 15 minit sahaja..2 sesi sehari..

Langkah 1
Kini Budgie anda sudah mudah berani menerima kehadiran tangan anda..sbb suda ada kepercayaan antara tangan anda dan Budgie..so slow2 masukkan tgn dlm sangkar..tp jgn dlm keadaan yg menakutkan Budgie..tenang..buat jari anda seperti perch iaitu tempat Budgie naik..tekan perlahan2 ke bawah perut Budgie..mula2 mmg tidak faham tu Budgie..tp lama2 tau jgk tu naik atas jari..kalau lari dan mengelak..jangan dikejar..biarkan bertenang dan cuba lagi..kalau tidak juga berjaya..pancing dengan spray millet aka habuan..pastikan untuk mengambil habuan itu..Budgie anda terpaksa naik dahulu ke jari..lepas tu bagi makan..lama2 diset la dlm otak bahawa bila naik tangan akan dpt makan makan makan hehe macam buaya dlm citer sang kancil plak..kalau suda selesa di jari..masanya untuk ke langkah seterusnya..

Langkah 2
Kini Budgie berada di jari..slow2 keluarkan dari sangkar..mulanya kadang2 Budgie akan melompat..ni sebab tu sangkar adalah kubunya..so faham2 la..manada sapa2 mo keluar dr kubu kebal sendiri..bahaya tu..hehe kalau tidak menjadi jgk..mungkin bolehlah diumpan dengan habuan ketika saat keluarkan Budgie itu..kan tengah kusyuk makan..so lupa la tu kena angkut keluar hehe padan mukanya sbb suka makan..keluarkan tangan cepat2 bila di pintu sangkar pun bole..so x sempat mo melompat..sian dia..atau pun jika pintu sangkar besar..mungkin bole guna tangan lagi 1 untuk "menekup" belakangnya..ingat jangan disentuh atau tangkap tu Budgie..hanya tekup untuk elakkan melompat daripada jari sahaja..kalau berjaya..so masanya tuk naik kelas la ni..

Langkah 3
Bila suda di luar sangkar..biasa la ni Budgie selalunya akan melompat ke sangkarnya jgk..tp di bahagian luar sj..tp kali ni biarkan Budgie bersiar2 di sekitar sangkar..boleh jgk bagi "gula2"..kalau sudah masuk di dalam..buat seperti langkah di atas untuk keluarkan semula Budgie..akhir sesi..masukkan Budgie ke sangkarnya..buatlah langkah ini dalam sekitar 1 minggu macam tu..dan lepas tu masa untuk ke Fasa 3 pulak..

Nantikan sambungan Panduan Menjinakkan Budgie untuk Fasa 3 yg akan datang..