Monday, 23 December 2013

Ciri-ciri English Budgie

Hai..bertemu kembali..edisi post kali ni..kita akan bercerita mengenai English Budgie..apa sebenarnya English Budgie ni..apa beza dengan Budgie yg biasa tu..daripada spesis yg lain ka ni..banyak lagi la soalan berkaitan English Budgie..
So kali ni..kita akan kupas sikit..sikit sj yg dikupas..yg penting kita semua faham..kalau kupas dalam2..tapi ndak faham jugak..xda faedahnya..heeee

Beza saiz yg jelas..English kanan..America..kiri..sumber pakcik goole..
Baiklah..semua Budgie adalah Melopsittacus undulatus..tidak kisah la..English ka..yg biasa2 ka..yg biasa2 ni..kita panggil Budgie C..ataupun American Budgie..tapi ada orang tanya..kan kah Budgie ni berasal daripada Autralia..ya betul..10 markah untuk anda..hehehe
Asalnya..memang daripada Autralia..tapi telah dibawa "melancong" ke England dan juga Amerika suatu ketika dahulu..lama2..nama dan tahun tu..ndak payah la disebut di sini kan..bukannya mo jawap peperiksaan pun hahaha
 
Dari sudut yg lain pulak..English kiri..American kanan..sumber makcik goole..
Sampai saja d England.."mereka" dapati saiz Budgie ni tidak sesuai..kecik..so dikawinkanlah Budgie ni secara terpilih..di mana..warna dan kualiti dititik beratkan..agar anak yg dihasilkan adalah lebih besar dan berkualiti..tahun berganti tahun..dipendekkan cerita..terhasil la English Budgie yg saiznya besar kalau dibandingkan dengan American Budgie..
 
Lion head..ndak nampak mata..sumber pakcik google..
English Budgie ini adalah Budgie A dengan memiliki "Show Quality Budgie"..tuk bawak tertanding..
American Budgie..atau pun Budgie C ni..tuk pets sj la..bikin main2..
Selain saiz yg membezakan..ada 1 lagi ciri yg mesti ada dengan English Budgie..iaitu "lion head"..apakah ini..bulu di muka dan kepala tu terlalu tebal dan kembang..sampai mata pun susa suda mo nampak ni..kalau Budgie C ni..bulu d muka dan kepala tu macam biasa..rebah sj..
  
Biasa sj di "dahinya"..sumber makcik google..
So diharapkan..dengan penerangan ringkas ini..dapat membantu kefahaman kepada yg kompius dengan kategori2 Budgie ini..apa2 pun..selamat berBudgie hehehe

Tuesday, 12 November 2013

Budgie VS Cockatiel

Bertemu kembali setelah sekian lama menyepi..sorry..sbb byk tugasan lain yg menghalang SabahKKBudgie untuk update selalu dlm blog ini..

Sumber : Kolekti peribadi SabahKKBudgie
Sejak akhirnya ni..ramai peminat Parrot menghubungi bertanyakan mengenai Budgie dan jgk Cockatiel..untuk info asas..sila belek2 post sebelum ni..

Klik sini untuk Cockatiel.................................Klik sini untuk Budgie..


 Antara kedua jenis parrot ini..mana satukah idaman hati anda..dan kenapa..
Keperluan dlm pemilihan adalah berdasarkan kepada jwpn bagi soalan di atas..

Di bawah sedikit sebanyak info dlm pemilihan parrot yg sesuai..

Sumber : Pakcik Google


Budgie
- Kecik, comel, cute..ni kalau yg C..klu Budgie A akan English Budgie..besar jgk..mcm cockatiel..
- Byk warna..byk corak..
- Senang untuk kenal pasti jantina..
-  Yg terbaik klu mo kasi tu Budgie "bercakap"..Jantan yg paling campin (champion)..
- Mudah dilatih dengan trick..kasi jinak..Jantan dan Betina..sama sj..
- Harga lebih murah..
- Mudah untuk dibiak..

Sumber : Makcik Google


Cockaiel
- Besar berbanding Budgie C..ada fight besar dgn Budgie A..
- Juga byk warna..byk corak..
- Sukar untuk ketahui jantina..kecuali bagi corak grey, whiteface dan pearl..
- Sesuai kalau mo latih tuk "menyanyi"..
- Mudah dilatih membuat aksi..mengikut arahan..terutama yg Betina..jantan ada susa sikit mo latih..
- Harga adalah lebih mahal..
- Susa sikit untuk dibiakkan berbanding Budgie..

Akhirnya..soalan itu berbalik kepada anda..yg mana satu pilihan anda.?

Monday, 23 September 2013

Kehabisan stok melanda..

Setelah sekian lama..baru la dpt update post..bukan apa..sibuk dengan keja..maklumlah makan gaji..yg ni hobi2 sj masa lapang..so faham2 la ya..

Sejak 2 menjak ni..khususnya di Kota Kinabalu..kurang betul suda ni stok Budgie ni..klu ada pun setakat stok 2-3 pasang sj..klu cari d petshop pun..tenggelam timbul jgk ni Budgie..yg ada Budgie A la..English Budgie..tp harga sendiri mau ingat la ya..

So ini menyebabkan peminat Budgie tertumpu kepada penternak kandang belakang rumah sj ni..ditambah lg dengan harga yg murah berbanding di petshop..lg pulak..bestnya beli direct dengan penternak ni..bole la tanya2 minta pandangan nasihat dan sewaktu dengannya mengenai Budgie ni..kan bagus macam tu..free consultation org putih cakap..

SabahKKBudgie skrg baru sahaja selesai memformat kandang Budgie..sbb apabila sampai 1 masa..keberhasilan akan berkurangan..so untuk menambahkan kejadiannya..kita kasi bersih..kasi makan cukup2..kasi segala nutrisi yg diperlukan..so dengan harapan..akan kembali mencapai zaman kegemilangan dalam penghasilan telur dan menetas..seterusnya anak pun sihat membesar bagaikan bapak dan mamaknya..

Harapan..moga..peminat dunia pets ini..khususnya burung parrot akan bertambah..dan makin maju dari semua segi..segi 4 ka..segi 3 ka..segala segi la..senang cerita..berjumpa lagi dlm post yg akan datang..





Saturday, 25 May 2013

Inilah contoh akibat keganasan melampau..

Sukacita dimaklumkan..perkataan dan gambar dalam post ini mengandungi unsur 18SG..hihi

"Pengganas" yg telah berjaya ditangkap..
Hari yg indah telah bertukar menjadi huru hara disebabkan kehadiran penceroboh..setelah perbincangan dilakukan selama berhari-hari..jalan penyelesaian tidak ditemui..akhirnya adegan yg tidak diingini pun berlaku..

Penceroboh yg lengkap berbaju biru..berceloreng..betina..telah menyerang dengan ganasnya kepada mangsa yg tidak bersalah..berbaju kuning dengan memiliki mata merah..berlaku pergelutan untuk beberapa ketika..dan akhirnya berjaya dileraikan..

"Orang awam" yg cedera parah diserang..
Inilah kesannya...budgie betina biru awam opaline telah menyerang dengan ganasnya lutino betina..pergelutan hingga menumpahkan darah..



Dan "pemenangnya" adalah lutino..walaupun berdarah tapi masih bebas..penceroboh pulak dtangkap dan masih diasingkan..sebagai "hukuman" terhadap keganasan yg dilakukan..

Moga jadi pengajaran kepada yg lain..yg jahat akan diasingkan hihi

Sekian..berita untuk hari ini..hehe

Monday, 22 April 2013

Murai Gading : Info Asas

Murai Ekor Gading atau pun nama saintifiknya iaitu Asian Paradise Flycathcer merupakan tergolong dalam burung kicau..di Malaysia burung ini lebih dikenali sebagai Murai Gading (MG)..

Di bawah adalah pengalaman seorang ramai pemikat burung..lokasi dirahsiakan hihihi

"Masa mula2 masuk hutan..MB pundulan (pemikat) ku bunyi2 mcm biasa..tetapi tiba2 MB tu diam xda bunyi langsung..seperti ada yg menakutkannya..aku pun ikut takut jgk..sekalinya nampak ada burung putih ekor panjang terbang tinggi..susa dinampak..bunyi sj..keras bunyinya..aku pun jd risau..risau benda lain2 sj.."

Dipendekkan cerita..1minggu diperlukan untuk mendapatkan MG ini..ganas x ganas la..dipercayai ekor panjang adalah jantan..yang pendek adalah betina..

Harganya pulak jangan cakap..sebab owner biasanya memang x mo jual..so kepada yg berminat..pandai2 la letak harga..MG milik kawan itu pernah ditawarkan dengan harga RM8K..tapi ownernya masih tidak berganjak..kuat imannya..hihihi


Nikmatilah sedikit gambar sumber daripada pakcik Google..

























P/S : Jika ada info yg perlu ditambah..jangan malu untuk beri komen di bawah..kalau ada maklumat yg silap..pun bgtau..supaya kita boleh perbetulkan..kongsi2 minat yg sama..








Friday, 12 April 2013

Anak Budgie Kaki Kangkang

Bertemu lagi..kali ini apa kata kita berkenalan dengan suka duka dalam membiak Budgie..kalau yg sihat semua..kita pun gembira..tapi kalau ada yg bermasalah..risau la pulak jadinya..

Ya memanglah kita ni bukan doktor haiwan..tapi sedikit sebanyak kena juga ambil tahu..salah satu masalah yg anak budgie hadapi ialah splayed leg..iaitu kaki kangkang..bukan nasik ya hihihi

Penyebab terjadinya kaki kangkang ini adalah kerana permukaan lantai yg licin..jadi kaki anak budgie itu tidak dapat grip permukaan lantai..terjadilah splayed leg..untuk elakkan masalah ini..boleh gunakan nestbox yang ada concave (permukaan melengkung aka berlubang) agar kaki anak Budgie itu tidak terkangkang..atau pun boleh gunakan hamster bedding material..iaitu pine shaving tu..habuk kayu..ini juga dapat membantu mengelakkan terjadinya masalah ini..

Tapi walau semua kaedah pencegahan ini telah dilakukan..masih juga ada terjadinya spray leg ini..apa bole buat..suda nasib..tapi jangan risau..masalah ini boleh dibaiki..salah satu cara yang paling popular adalah ikat kaki anak Budgie itu bagi rapat..lama2 kelamaan dapat menormalkan kangkangan itu..

Sebelum




Selepas




Guna span pun boleh jgk..




Kalau ada kaedah lain yg difikirkan sesuai juga boleh dkongsi di ruangan komen di bawah..apa2 pun..selamat mencuba kepada yg ada masalah ini..

Wednesday, 27 March 2013

Murai Batu Kaki Hitam

Ya..post kali ni akan memaparkan contoh warna kaki Murai Batu (MB)..warna yg menjadi pilihan no 1 d kalangan peminat MB adalah kaki yg berwarna hitam..apa lg klu kaki tu nampak bkerak2 dan tua..sbb mengikut cerita dan pengalaman drpd peminat MB..MB kaki hitam ini memiliki mental yg kuat dan semangat tempur yg tinggi..apa2 pun mari sama2 kita tengok mcm mana rupa kaki MB yg menjadi rebutan ramai ini..saksikan..



 

 


Tengok kaki MB ni pun suda semangat..nampak betul..mesti puas hati..



Friday, 8 March 2013

Panduan Menjinakkan Budgie (Fasa 3)

Setelah sekian lama..akhirnya SabahKKBudgie kembali lagi yeah...

Maaf atas kesibukan sejak kebelakangan ini sehingga menyebabkan blog menyepi seketika..bukan apa..untuk mengumpul bahan dan burung baharu untuk projek seterusnya..doakan berjasa seperti yang dirancang..

Akhirnya kita sampai juga ke Fasa 3 iaitu fasa terakhir dlm proses menjinakkan Budgie anda..tanpa membuat masa..terus kita ke pengenalan bagi fasa ini..

Fasa 3 : Menjinakkan & Step Up
Di fasa inilah Budgie anda akan jinak sepenuhnya terhadap tangan anda..pastikan sesi ini berjalan dalam "bilik selamat" (tandas la paling sesuai..bilik kosong pun boleh) dengan tiada sebarang alemen yang boleh menganggu keselamata Budgie anda..tingkap dtutup dengan langsir atau kertas..kipas ditutup..tiada api menyala (kalau buat d dapur la)..pets..lampu yg terang tetapi bukan terlalu terang..seeloknya sedikit gelap..sedap mata memandang..bilik yg bersih..setiap sesi hanya selama 15-20 minit sahaja..disarankan 1-2 kali sehari..


Langkah 1
Dengan Budgie kini d tangan anda..bawa Budgie ke bilik selamat..jika Budgie terbang ke sangkar..ambil dan bawa dengan membelakangkan sangkar..boleh juga tutup belakangnya dengan tangan..jangan disentuh..tangan itu hanya untuk menghalang agar Budgie tidak terbang semula..sampai d dalam bilik selamat..duduk d lantai atau katil (yg sesuai la)..berbuallah dengan Budgie anda mengguna nada yg rendah sambil memberi habuannya..spray millet dgunakan..puji akan kehebatan Budgie anda mengikut arahan dengan masih berada d tangan anda..setelah selesai..masukkan semula Budgie ke dalam sangkarnya..dicadangkan sesi ini berjalan selama 3-5 hari..

Langkah 2
Sekali lagi..bawa Budgie ke dalam bilik selamat..tapi kali ini jangan terus bagi habuan..tunggu..ketika Budgie berada d tangan anda..dengan perlahan suakan (beri) jari anda ke bahagi bawah perut Budgie tapi d atas kakinya..jika tidak mahu naik..sentuh (tekan) jari ke perut bawah hingga Budgie naik ke jari..ini yg dinamakan Step Up..apabila berjaya..beri habuan..kali ini dengan jari tangan yg sebelah lagi..buat silih berganti tangan..beri habuan setiap kali Budgie Step Up..sampai pada satu tahap..Budgie akan faham bahawa apabila ada jari anda..ertinya kena naik la tu jari..tp kali ini jangan terus bagi habuan..tunggu untuk beberapa ketika atau beberapa kali step up baru bagi habuan..sekejap sj akan mahir langkah ini..percayalah..jika suda lulus..masa untuk ke langkah seterusnya..

Langkah 3
Sekarang Budgie anda suda pandai Step Up..kini masanya untuk menjinakkan dengan tangan anda..latih Budgie untuk naik ke bahu..secara semulajadi memang Budgie sukakan tempat yg tinggi..so sepatutnya tiada masalah untuk anda dan Budgie anda..letakkan jari anda sedikit rendah daripada bahu..secara automatik pastik Budgie akan naik ke bahu..masa ini beri habuan..puji jangan lupa..kemudian letak jari anda dekat bahu untuk melatih agar Budgie naik ke jari daripada bahu anda..bagi habuan bila berjaya..ulang la naik turun bahu-jari berselang seli dengan habuan sebagai pengerasnya..dalam 1minggu rasanya suda mahir la Budgie anda dengan arahan ini..

Kini Budgie anda sudah jinak sepenuhnya..perlahan-lahan kenalkan dengan keadaan sekeliling..kalau tengok TV..boleh la bawa sekali tengok TV..kalau mahu belajar..boleh lah letak d meja belajar sambil tengok2 anda..kenalkan dengan hali keluarga..pastikan setiap kali Budgie keluar sangkar keadaan rumah adalah selamat dengan kipas ditutup, tingkap dtutup dengan langsir/kertas..dan semua la elemen yg boleh membahayakan Budgie anda..moga anda dan Budgie bergembira menjalani kehidupan bersama-sama..

Tamatlah perkongsian mengenai Panduan Menjinakkan Budgie..moga ianya berguna untuk semua pelayar (pembaca blog ini)..jumpa lagi di post akan datang..


Sunday, 17 February 2013

Sekembalinya dari bercuti..

"Balik kampung..Ooo oo Oo balik kangpung..hati riang.." ini la antara lagu kegemaran rakyat Malaysia apabila mahu balik kampung untuk bercuti..

Tetapi..bagi pemilik, pemelihara, pembiak, dsb binatang peliharaan..masa balik kampung ini la masa yg tidak berapa gembira..bukan apa..risau mengenangkan nasib pets yg ditinggalkan..

Apabila sampai rumah..terus ke reban, sangkar, kandang dsb untuk melihat perkembangan pets yg ditinggalkan..klu semua selamat syukur..tp klu ada yg terkorban..apa kandaya..bukannya tiada usaha dan langkah pencegahan untuk mengelakkan kematian diambil..semua sudah dibuat dan perbaiki dari semasa ke semasa..bukannya tidak dikasi makan..sampai penuh melimpah lagi tu bekas makanan..mmg cukup untuk bekalan sampai 2 minggu lg klu mahu..hehe tapi sudah nasib..mungkin sunyi tu pets sebab tiada kawan..

Kepada semua pemilik, pembiak, penggemar dsb binatang peliharaan / pets..sentiasa perbaiki dan kemaskini strategi untuk mengelakkan kematian pets apabila ditinggalkan ketika bercuti..pesanan ikhlas daripada Sabah KK Budgie untuk diri sendiri dan semua yg terlibat..

Usaha..yakin..tawakkal..


Monday, 28 January 2013

Jenis Kaki Murai Batu

Tanpa berlengah lagi..jom terus masuk ke topik ini..tiada intro tiada bunga2 hehe

Ramai orang cakap Murai Batu aka MB yg memiliki kaki berwarna hitam ini adalah MB yg bagus..kenyataan ini tidak betul sepenuhnya..tp tidak pulak salah..

Kemenjadian MB ini dipengaruhi oleh perawatan / penjagaan MB itu sendiri..walau MB tu kaki hitam..tp kalau dijaga pun cincai..so hasilnya pun cincai juga..selain itu, faktor keturunan MB itu juga memainkan peranan..kalau induknya daripada MB yg memang power..so kebarangkalian anak tu menjadi power pun tinggi la..

Kenapa MB kaki hitam ini menjadi rebutan..sebabnya MB jenis kaki hitam ini dikatakan memiliki mental yg kuat..dan ini mmg ada kebenarannya..tp bukan bermakna MB kaki jenis lain itu tidak hebat..semua bergantung dengan perawatan juga..MB kaki hitam ini sesuai untuk dibawa berlawan / bertanding / chai..sebab kalau mo lawan tp MB mentalnya lemah..susa tu..nampak lawan sj terus kecut pulak nanti..

Tetapi kalau niat anda hanya untuk menikmati bunyi kicauan MB sahaja..makanya MB kaki jenis lain pun boleh dipilih..asalkan MB tu selesa..pastinya akan berbunyi..tidak kiralah kaki warna apa..

Pilihan jenis kaki MB mengikut urutan..
1) Coklat kehitaman

Kaki MB (Pink) - Coklat kehitaman

2) Coklat muda
3) Kemerahan
Kaki MB (Levis) - Kemerahan

4) Kekuningan

So semoga jenis kaki MB ini bukanlah sebagai faktor muktamad dlm pemilihan MB anda..yg paling utama adalah perawatannya..semua MB pun power juga..masukkan MB dalam universiti dan ambik master hehe kalau suda power MBnya..mungkin boleh teruskan pengajian ke peringkat PHD pulak haha

Info ini adalah berdasarkan pengalaman, perkongsian dengan otai2 MB, dan pembacaan..yg sesuai boleh jd pedoman..kalau salah boleh diperbetulkan..sekian..

P/S : Kaki MB akan dikemaskini dari semasa ke semasa..mengikut bahan yg diperolehi..

Thursday, 17 January 2013

Tangkap Dan Lepas

Sedia maklum..nak bagi jinak parrot ni bukannya senang..sebab tu la harga parrot yg jinak ni tinggi daripada harga liar..yg menjadi pilihan of course la parrot besar / agak besar seperti CAG, Macaw, Cookatoos, Eclectus, Conure, Loriess, Lorikeet, serta Cockatiel..tp main parrot kecil ni pun tetap hebat..comel dan cute sj tgk yg kecil ni terbang..syiok tu dpt main yg jinak..puas hati la..dpt terbang ke tangan dengan arahan tu cukup best tau..

Melatih parrot untuk jinak ni memerlukan konsistensi dan juga kerja keras sikit..biasa la tu kan hehe..kepada yg masi lagi susa nak bagi Budgie anda nak "jinak" dengan tangan anda..jangan risau..boleh cuba cara ini..

Keluarkan Budgie daripada sangkarnya..sebaiknya wing cliped la ya..buat sesi ini dlm tempat yg selamat..dlm tandas la pun ok..yg x nampak sangkarnya..tangkap dan lepaskan Budgie anda berulang kali..parrot ni cepat belajar..sbb bila terbang dengan wing cliped..keupayaan terbang parrot ni sedikit terbatas..so lama kelamaan kebergantungan dengan manusia adalah tinggi..sbb dorg sedar yg bila terbang x sempurna..ada anda yg akan "tolong"..so ini menyebabkan parrot ni "jinak" dengan anda..sbb parrot tu sudah terhutang budi la katakan hahaha selamat mencuba..

Monday, 7 January 2013

Panduan Menjinakkan Budgie (Fasa 2)

Ya..rasanya sesuai la masa ini untuk kita tgk2 dengan sambungan Panduan Menjinakkan Budgie bagi Fasa 2 ini..kalau Fasa 1 masih lg tidak lepas..seeloknya kasi settle dulu..baru lah boleh naik kelas..nanti kalau naik kelas sj tp Budgie belum ready lg..susah jgk kan..

Langkah 2 : Asas Menjinak Di Tangan
Matlamatnya mudah sj..Budgie ke tangan anda..dan boleh ikut di tangan untuk keluar sangkar..ni perlu usaha keras jgk ni..sbb bagi Budgie tu..sangkar tu la tempat yg selamat..so ada susah sikit tuk "pujuk" Budgie keluar..masanya 10 - 15 minit sahaja..2 sesi sehari..

Langkah 1
Kini Budgie anda sudah mudah berani menerima kehadiran tangan anda..sbb suda ada kepercayaan antara tangan anda dan Budgie..so slow2 masukkan tgn dlm sangkar..tp jgn dlm keadaan yg menakutkan Budgie..tenang..buat jari anda seperti perch iaitu tempat Budgie naik..tekan perlahan2 ke bawah perut Budgie..mula2 mmg tidak faham tu Budgie..tp lama2 tau jgk tu naik atas jari..kalau lari dan mengelak..jangan dikejar..biarkan bertenang dan cuba lagi..kalau tidak juga berjaya..pancing dengan spray millet aka habuan..pastikan untuk mengambil habuan itu..Budgie anda terpaksa naik dahulu ke jari..lepas tu bagi makan..lama2 diset la dlm otak bahawa bila naik tangan akan dpt makan makan makan hehe macam buaya dlm citer sang kancil plak..kalau suda selesa di jari..masanya untuk ke langkah seterusnya..

Langkah 2
Kini Budgie berada di jari..slow2 keluarkan dari sangkar..mulanya kadang2 Budgie akan melompat..ni sebab tu sangkar adalah kubunya..so faham2 la..manada sapa2 mo keluar dr kubu kebal sendiri..bahaya tu..hehe kalau tidak menjadi jgk..mungkin bolehlah diumpan dengan habuan ketika saat keluarkan Budgie itu..kan tengah kusyuk makan..so lupa la tu kena angkut keluar hehe padan mukanya sbb suka makan..keluarkan tangan cepat2 bila di pintu sangkar pun bole..so x sempat mo melompat..sian dia..atau pun jika pintu sangkar besar..mungkin bole guna tangan lagi 1 untuk "menekup" belakangnya..ingat jangan disentuh atau tangkap tu Budgie..hanya tekup untuk elakkan melompat daripada jari sahaja..kalau berjaya..so masanya tuk naik kelas la ni..

Langkah 3
Bila suda di luar sangkar..biasa la ni Budgie selalunya akan melompat ke sangkarnya jgk..tp di bahagian luar sj..tp kali ni biarkan Budgie bersiar2 di sekitar sangkar..boleh jgk bagi "gula2"..kalau sudah masuk di dalam..buat seperti langkah di atas untuk keluarkan semula Budgie..akhir sesi..masukkan Budgie ke sangkarnya..buatlah langkah ini dalam sekitar 1 minggu macam tu..dan lepas tu masa untuk ke Fasa 3 pulak..

Nantikan sambungan Panduan Menjinakkan Budgie untuk Fasa 3 yg akan datang..