Ya memanglah kita ni bukan doktor haiwan..tapi sedikit sebanyak kena juga ambil tahu..salah satu masalah yg anak budgie hadapi ialah splayed leg..iaitu kaki kangkang..bukan nasik ya hihihi
Penyebab terjadinya kaki kangkang ini adalah kerana permukaan lantai yg licin..jadi kaki anak budgie itu tidak dapat grip permukaan lantai..terjadilah splayed leg..untuk elakkan masalah ini..boleh gunakan nestbox yang ada concave (permukaan melengkung aka berlubang) agar kaki anak Budgie itu tidak terkangkang..atau pun boleh gunakan hamster bedding material..iaitu pine shaving tu..habuk kayu..ini juga dapat membantu mengelakkan terjadinya masalah ini..
Tapi walau semua kaedah pencegahan ini telah dilakukan..masih juga ada terjadinya spray leg ini..apa bole buat..suda nasib..tapi jangan risau..masalah ini boleh dibaiki..salah satu cara yang paling popular adalah ikat kaki anak Budgie itu bagi rapat..lama2 kelamaan dapat menormalkan kangkangan itu..
Sebelum
Selepas
Guna span pun boleh jgk..
Kalau ada kaedah lain yg difikirkan sesuai juga boleh dkongsi di ruangan komen di bawah..apa2 pun..selamat mencuba kepada yg ada masalah ini..
No comments:
Post a Comment