Monday 28 January 2013

Jenis Kaki Murai Batu

Tanpa berlengah lagi..jom terus masuk ke topik ini..tiada intro tiada bunga2 hehe

Ramai orang cakap Murai Batu aka MB yg memiliki kaki berwarna hitam ini adalah MB yg bagus..kenyataan ini tidak betul sepenuhnya..tp tidak pulak salah..

Kemenjadian MB ini dipengaruhi oleh perawatan / penjagaan MB itu sendiri..walau MB tu kaki hitam..tp kalau dijaga pun cincai..so hasilnya pun cincai juga..selain itu, faktor keturunan MB itu juga memainkan peranan..kalau induknya daripada MB yg memang power..so kebarangkalian anak tu menjadi power pun tinggi la..

Kenapa MB kaki hitam ini menjadi rebutan..sebabnya MB jenis kaki hitam ini dikatakan memiliki mental yg kuat..dan ini mmg ada kebenarannya..tp bukan bermakna MB kaki jenis lain itu tidak hebat..semua bergantung dengan perawatan juga..MB kaki hitam ini sesuai untuk dibawa berlawan / bertanding / chai..sebab kalau mo lawan tp MB mentalnya lemah..susa tu..nampak lawan sj terus kecut pulak nanti..

Tetapi kalau niat anda hanya untuk menikmati bunyi kicauan MB sahaja..makanya MB kaki jenis lain pun boleh dipilih..asalkan MB tu selesa..pastinya akan berbunyi..tidak kiralah kaki warna apa..

Pilihan jenis kaki MB mengikut urutan..
1) Coklat kehitaman

Kaki MB (Pink) - Coklat kehitaman

2) Coklat muda
3) Kemerahan
Kaki MB (Levis) - Kemerahan

4) Kekuningan

So semoga jenis kaki MB ini bukanlah sebagai faktor muktamad dlm pemilihan MB anda..yg paling utama adalah perawatannya..semua MB pun power juga..masukkan MB dalam universiti dan ambik master hehe kalau suda power MBnya..mungkin boleh teruskan pengajian ke peringkat PHD pulak haha

Info ini adalah berdasarkan pengalaman, perkongsian dengan otai2 MB, dan pembacaan..yg sesuai boleh jd pedoman..kalau salah boleh diperbetulkan..sekian..

P/S : Kaki MB akan dikemaskini dari semasa ke semasa..mengikut bahan yg diperolehi..

No comments:

Post a Comment