Monday 7 January 2013

Panduan Menjinakkan Budgie (Fasa 2)

Ya..rasanya sesuai la masa ini untuk kita tgk2 dengan sambungan Panduan Menjinakkan Budgie bagi Fasa 2 ini..kalau Fasa 1 masih lg tidak lepas..seeloknya kasi settle dulu..baru lah boleh naik kelas..nanti kalau naik kelas sj tp Budgie belum ready lg..susah jgk kan..

Langkah 2 : Asas Menjinak Di Tangan
Matlamatnya mudah sj..Budgie ke tangan anda..dan boleh ikut di tangan untuk keluar sangkar..ni perlu usaha keras jgk ni..sbb bagi Budgie tu..sangkar tu la tempat yg selamat..so ada susah sikit tuk "pujuk" Budgie keluar..masanya 10 - 15 minit sahaja..2 sesi sehari..

Langkah 1
Kini Budgie anda sudah mudah berani menerima kehadiran tangan anda..sbb suda ada kepercayaan antara tangan anda dan Budgie..so slow2 masukkan tgn dlm sangkar..tp jgn dlm keadaan yg menakutkan Budgie..tenang..buat jari anda seperti perch iaitu tempat Budgie naik..tekan perlahan2 ke bawah perut Budgie..mula2 mmg tidak faham tu Budgie..tp lama2 tau jgk tu naik atas jari..kalau lari dan mengelak..jangan dikejar..biarkan bertenang dan cuba lagi..kalau tidak juga berjaya..pancing dengan spray millet aka habuan..pastikan untuk mengambil habuan itu..Budgie anda terpaksa naik dahulu ke jari..lepas tu bagi makan..lama2 diset la dlm otak bahawa bila naik tangan akan dpt makan makan makan hehe macam buaya dlm citer sang kancil plak..kalau suda selesa di jari..masanya untuk ke langkah seterusnya..

Langkah 2
Kini Budgie berada di jari..slow2 keluarkan dari sangkar..mulanya kadang2 Budgie akan melompat..ni sebab tu sangkar adalah kubunya..so faham2 la..manada sapa2 mo keluar dr kubu kebal sendiri..bahaya tu..hehe kalau tidak menjadi jgk..mungkin bolehlah diumpan dengan habuan ketika saat keluarkan Budgie itu..kan tengah kusyuk makan..so lupa la tu kena angkut keluar hehe padan mukanya sbb suka makan..keluarkan tangan cepat2 bila di pintu sangkar pun bole..so x sempat mo melompat..sian dia..atau pun jika pintu sangkar besar..mungkin bole guna tangan lagi 1 untuk "menekup" belakangnya..ingat jangan disentuh atau tangkap tu Budgie..hanya tekup untuk elakkan melompat daripada jari sahaja..kalau berjaya..so masanya tuk naik kelas la ni..

Langkah 3
Bila suda di luar sangkar..biasa la ni Budgie selalunya akan melompat ke sangkarnya jgk..tp di bahagian luar sj..tp kali ni biarkan Budgie bersiar2 di sekitar sangkar..boleh jgk bagi "gula2"..kalau sudah masuk di dalam..buat seperti langkah di atas untuk keluarkan semula Budgie..akhir sesi..masukkan Budgie ke sangkarnya..buatlah langkah ini dalam sekitar 1 minggu macam tu..dan lepas tu masa untuk ke Fasa 3 pulak..

Nantikan sambungan Panduan Menjinakkan Budgie untuk Fasa 3 yg akan datang..

2 comments:

  1. Titanium Ore Terraria - Titanium Arrays, Aluminum
    Titanium Ore Terraria is titanium chainmail a brand new metal structure in Titanium Arrays. It's a titanium shift knob new 2017 ford focus titanium structure and titanium earrings structure that was previously found in Materials: Aluminum, Copper, Copper, grade 23 titanium Debit Rating: 5 · ‎8 reviews

    ReplyDelete