Monday 2 April 2012

Budgie Mutations - 1) Warna


1) Warna - ini adalah yang paling asas dan mudah didapati..terdiri daripada warna seperti hijau muda, hijau, hijau tua, biru laut, biru, biru tua, kuning, dan putih..kebanyakan yang ada dipelihara dan Mudah Dicari adalah warna ini..harga pun adalah Harga Biasa..

Warna Kuning
Siri Kuning - terdiri daripada 3 warna iaitu hijau muda, hijau dan juga hijau tua..belang di sayap hitam.

Siri Putih - terdiri daripada 3 warna iaitu biru laut, biru dan juga biru tua..belang di sayap hitam..

Warna Kuning -  ini adalah mutasi terbaru..badan warna kuning dengan belang di badan adalah lut sinar atau pun hanya memiliki warna yang sedikit..seakan Lacewing..bezanya warna corak dan juga mata..susah didapati tetapi kurang permintaan..jadi harga pun biasa la buat masa ini..


Recessive Pied - warna kuning atau putih di seluruh badan tetapi ada tompokan warna asal di bahagian belakang antara sayap dan perut..tanda belang di sekitar mata dan juga di atas kepala..sikit susah dicari tetapi sebab kurang permintaan jadi harga pun biasa saja la..

Cinnamon Biru Awan
Greywing - badan samada warna siri kuning atau putih tetapi dengan belang yang berwarna kelabu..sikit susah dicari tetapi sebab kurang popular jadi harga pun biasa saja la..

Cinnamon - badan samada warna siri kuning atau putih tetapi dengan belang yang berwarna coklat..sikit susah dicari tetapi sebab kurang popular jadi harga pun biasa saja la..

p/s gambar akan dikemaskini dari semasa ke semasa..

No comments:

Post a Comment