Hai semua..berjumpa lagi kita pada ruangan yang tidak kurang pentingnya mengenai dunia Budgie ini..iaitu Mutation..ni cakap English la..cakap Melayunya Mutasi..tapi masih lagi ada bunyi English..atau pun dalam bahasa yang mudah difahami iaitu corak dan warna..
Pengkelasan Budgie ni berbeza mengikut kefahaman masing-masing..ada yang mengkelaskan mengikut asal usul corak dan warna itu..seperti berdasarkan warna, corak belang, tompokan warna asas dan juga jarang ditemui..ada pihak pula membezakan mengikut warna, warna sayap, corak belang, tompokan warna asas dan juga jarangnya mutasi itu ditemui..
Tapi Sabah KK Budgie lebih minat mengkategorikan mutasi Budgie ini berdasarkan warna, popular, dikehendaki, jarang jumpa dan juga sangat jarang jumpa..hehe lain macam saja bunyinya..ya ini cara mudah untuk semua..samada yang baru berjinak atau pun sudah lama..
Kenapa guna cara ini?..sebab tidak semua yang menceburi dunia Budgie ini berminat mengenai mutasi..yang penting cantik sudah cukup..jadi untuk tidak mengecewakan..saya akan kongsi mengenai tahap diminati bersama dengan mutasi sekali..ini lebih mudah..
1) Warna - ini adalah yang paling asas dan mudah didapati..terdiri daripada warna seperti hijau muda, hijau, hijau tua, biru laut, biru, biru tua, kuning, dan putih..kebanyakan yang ada dipelihara dan
Mudah Dicari adalah warna ini..harga pun adalah
Harga Biasa..
2) Popular - mutasi dalam kumpulan ini pula memiliki corak dan warnanya yang menarik..antaranya
Spangle, Opaline, Clearwing, Violet,
Grey dan
Yellowface..masih boleh dicari tetapi
Sedikit Susah..dan harganya pun
Sedikit Mahal.
3) Dikehendaki - kategori ini pula adalah yang hanya ada 1 warna sahaja atau pun 2-3 warna..contohnya
Lutino, Albino, Creamino, dan
Double Factor Spangle semuanya 1 warna tanpa ada warna belang di sayap..serta
Dominant Pied memiliki 2-3 warna..Budgie dalam kumpulan ini
Susah Dijumpa..dan semestinya harga pun adalah
Mahal..
4) Jarang Jumpa - Budgie dalam kumpulan ini adalah gabungan beberapa mutasi..maksudnya 2-3 mutasi berbeza terdapat dalam 1 Budgie..untuk menghasilkannya memerlukan kepakaran dalam genetik Budgie dan juga masa yang lama..3-7 generasi Budgie diperlukan untuk menghasilkan seekor Budgie dalam kumpulan ini..contohnya
Dark-Eyed Clear, Lacewing dan
yang paling dicari adalah
Rainbow..kumpulan Budgie ini adalah
Jarang Jumpa..kalau ada pun nasib saja..harga pun semestinya adalah
Mahal Sedikit..tu pun kalau dijual..
5) Sangat Jarang Jumpa - Budgie kategori ini pula tidak boleh dicipta..walaupun pakar dalam genetik Budgie..kerana genetiknya adalah mutasi tersendiri..bukannya gabungan beberapa mutasi..contohnya
Slate, Blackface, Clearbody, Crested, Half-Sider, Saddleback, Antracite, Mottled dan
Fallow..kategori Budgie ini
Sangat Jarang Jumpa..nasib tersangat la ni kalau jumpa..harga pun tidak payah tanya la..
Sangat Mahal..tu pun kalau la tuannya mahu jual..
Penerangan secara lebih akan dikongsi pada post yang akan datang..berserta gambar dalam koleksi peribadi Sabah KK Budgie sendiri..